• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembaziran Makanan: Wujudkan Pendekatan Baru

oleh Ahmad Albab
28/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Satu pendekatan baharu perlu segera diwujudkan bagi mengelak pembaziran makanan khususnya pada bulan Ramadan daripada terus berlaku, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata pembaziran berlaku pada bulan puasa antara lain disebabkan kira-kira 50 peratus hidangan bufet di hotel terbuang begitu sahaja biarpun pelanggan membayar dengan harga tinggi.

“Perlu buat satu pendekatan baharu dan satu peraturan untuk mengurangkan pembaziran ini. Sebagai contoh sepatutnya dibolehkan hotel memberi lebihan makanan hidangan bufet yang tidak kotor (tidak tercemar) kepada orang lain supaya tidak dibuang begitu sahaja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye supaya kerajaan menganjurkan program kesedaran membendung pembaziran makanan.

Semalam Lee berkata kajian oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menunjukkan rakyat Malaysia membuang kira-kira 17,800 tan makanan setiap hari.

Terdahulu Wan Junaidi yang juga Anggota Parlimen Santubong menyampaikan sumbangan kebajikan bulan Ramadan kepada 810 penerima terdiri daripada warga emas, anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU) bagi Zon Seberang Hilir dan Zon Santubong. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Usaha Mencari Remaja Hilang Di Pontian Diteruskan

Next Post

Beri Perhatian Aspek Keselamatan Telefon Bimbit

Related Posts

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

13/09/2022
0

PUTRAJAYA - Rang undang-undang (RUU) pindaan akta hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori dijangka dibaca kali pertama pada 4 Oktober...

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

26/08/2022
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023...

Next Post

Beri Perhatian Aspek Keselamatan Telefon Bimbit

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd