• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Muslim Tawar Teksi Percuma Di Manchester

oleh
25/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Simpati dengan nasib menimpa mangsa tragedi letupan di Arena Manchester kelmarin, pemandu teksi beragama Islam menawarkan perkhidmatan pengangkutan percuma di bandar itu.

Portal tempatan Mirror Online melaporkan, langkah tersebut dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghapuskan sikap prasangka sesete­ngah pihak yang cuba mengaitkan serangan berdarah itu dengan imej Islam.

Lebih menarik lagi, langkah menawarkan perkhidmatan khas tersebut dengan sedia mengangkut penumpang secara percuma itu di sekitar Manchester turut dilakukan oleh beberapa pemandu teksi lain yang berketurunan Sikh.

Kisah keunikan pemandu-pemandu tek­si tersebut kemudian menjadi tular selepas dimuat naik ramai pengguna ke dalam media sosial hingga menerima pujian daripada kalangan netizen di seluruh negara berkenaan.

Seorang pengguna Twitter me­ngicau: “Ketika ibu saudara saya masih cemas cari rakan dan sepupu di Manchester selepas insiden serangan, seorang pemandu teksi beragama Islam tiba dan membantunya berbuat demikian.”

Kicauan seorang lagi netizen pula memuat naik status: “Pemandu teksi menawarkan perkhidmatan pengangkutan per­cuma untuk bawa saya keluar daripada kepungan polis di Manchester Arena rupa-rupanya beragama Islam.”

Dalam pada itu, seorang pemandu teksi berbangsa Sikh yang hanya dikenali sebagai AJ berkata, dia menawarkan khidmat percuma kepada mana-mana penumpang terutamanya pesakit yang terlibat dalam serangan itu ke hospital.

“Kebanyakan mereka pula tidak mempunyai wang yang cukup dan secara kebetulan menjadi mangsa terkandas di kawasan serangan tersebut,” katanya kepada stesen penyiaran tempatan Channel 4 News.

Bagi Datuk Bandar Metro Li­ver­­pool, Steve Rotheram, apa yang dilakukan oleh pemandu tek­si tersebut merupakan sebahagian daripada tindakan spontan atas dasar kemanusiaan tanpa mengira latar belakang.

Tragedi letupan berdarah di Manchester Arena ketika konsert Ariana Grande kelmarin mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang serta mencederakan kira-kira 119 yang lain. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: manchesterTeksi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Guru Diperintah Bela Diri Miliki Kertas UPSR Tidak Sah

Next Post

Petanda Perang Dunia Ketiga Bakal Tercetus?

Related Posts

Teksi Boleh Bawa Penumpang Antara Singapura – Johor Bahru

01/05/2022
0

SINGAPURA : Mulai hari ini, penumpang yang menyeberangi Tambak Johor boleh mendapatkan khidmat sehingga 240 teksi yang dibenarkan untuk membawa...

Tiada Arahan Larang Teksi, e-Hailing Rentas Daerah, Negeri

21/01/2021
0

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak mengeluarkan arahan menghentikan operasi perkhidmatan teksi, kereta sewa dan e-hailing untuk perjalanan rentas daerah dan negeri...

Next Post

Petanda Perang Dunia Ketiga Bakal Tercetus?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd