• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GrabCar Dapat Manfaat MoU Dengan Perodua

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Langkah Grab Malaysia memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Perodua Sales Sdn Bhd (Perodua) bakal memberi manfaat kepada para pemandu GrabCar menerusi penawaran perkhidmatan nilai tambah berkaitan.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin berkata ini termasuk pengurangan tempoh pendaftaran GrabCar selain menjadi pusat sehenti khidmat penyelenggaraan dan alat ganti, pembaharuan insurans dan cukai jalan.

“MoU ini merupakan cabang baharu untuk Perodua kerana dapat mengetengahkan produk kami kepada pasaran berskala besar menerusi (platform) Grab,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perkhidmatan itu turut merangkumi faedah lain seperti pakej harga istimewa untuk model kenderaan seperti Bezza, Myvi dan Alza serta kadar sewa beli lebih kompetitif.

Sementara itu, Ketua Grab Malaysia, Sean Goh berkata syarikat itu sentiasa mengenal pasti peluang kerjasama yang saling menguntungkan bagi mengurangkan kos pemanduan dan pemilikan kereta yang sememangnya menjadi antara kebimbangan utama.

“Kami berharap dapat menjalin kerjasama dengan rakan pemandu dalam bidang-bidang seperti memperluaskan akses terhadap pilihan pengangkutan yang selamat, boleh dipercayai, cekap serta mampu untuk digunakan,” katanya.

Bagi tempoh Januari hingga April tahun ini, Perodua berjaya menyerahkan sejumlah 64,600 unit kenderaan atau 35.4 peratus daripada keseluruhan bahagian pasaran industri dengan Axia mencatat 22,000 unit, Bezza (19,500 unit), Myvi (13,900 unit) dan Alza (9,300 unit). – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Zahari HusinGrabCar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Terpaksa Bawa Grab Selepas Tiada ‘Job’ Setahun

12/04/2018
0

SELEPAS setahun syarikat produksi miliknya tidak dapat sebarang tawaran untuk menerbitkan drama atau pun telefilem, Pengarah Urusan Enuja Production Sdn....

Maki ‘Polis Babi’, Pemandu Wanita GrabCar Ditahan

04/09/2017
0

BAYAN LEPAS - Seorang pemandu Grab ditahan selepas mengeluarkan kata kesat ke atas anggota polis yang menahannya di jalan masuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd