• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemakluman Terperinci Rizab Antarabangsa Mac 2017

oleh
05/05/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENGIKUT format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat tentang saiz, jenis dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain, serta aliran masuk dan keluar pertukaran asing yang telah dianggarkan terlebih dahulu dan di luar jangkaan bagi Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Butiran terperinci rizab antarabangsa berdasarkan format SDDS terkandung dalam Jadual I, II, III dan IV.

Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual I, aset rizab rasmi berjumlah USD95,424.3 juta, manakala aset mata wang asing lain berjumlah USD571.0 juta pada akhir bulan Mac 2017.

Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual II, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing disebabkan oleh pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh Kerajaan diunjurkan sebanyak USD246.8 juta.

Sementara itu, jumlah kedudukan hadapan pendek ialah sebanyak USD17,683.2 juta pada akhir bulan Mac 2017, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam sistem kewangan.

Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak bulan April 2006, data ini tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek sebanyak USD2,176.4 juta bagi tempoh 12 bulan akan datang.

Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual III, satu-satunya salur keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negeri yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah USD130.0 juta.

Rizab antarabangsa Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang berserta opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, bank dan institusi kewangan lain.

Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit.

Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF menunjukkan rizab Malaysia pada akhir bulan Mac 2017 tetap boleh guna.

Table I: Official reserves assets and other foreign currency assets
Table II: Predetermined short-term net drains on foreign currency assets
Table III: Contingent short-term net drains on foreign currency assets
Table IV: Memo Items

Bank Negara Malaysia
28 Apr 2017

Tags: Bank Negara Malaysia (BNM)Rizab Antarabangsa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rizab Antarabangsa BNM AS$109.2 Bilion

Rizab Antarabangsa BNM AS$109.2 Bilion

05/08/2022
0

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$109.2 bilion pada 29 Julai 2022, meningkat berbanding AS$107 bilion yang...

Permohonan Moratorium Pinjaman Dibuka, Lulus Automatik

07/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Permohonan untuk mendapatkan kemudahan bayaran balik pinjaman atau moratorium untuk tempoh enam bulan akan dibuka bermula esok....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd