• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Kanan Polis Bebas Dengan Jaminan SPRM

oleh Ahmad Albab
29/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang pegawai kanan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah yang direman tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka, dibebaskan hari ini.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan pegawai polis berpangkat DSP itu dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000.

Lelaki berumur 49 tahun itu adalah individu ke-12 ditahan pada 22 Mei bagi membantu siasatan kes tersebut.

Setakat ini, 13 individu ditahan SPRM termasuk sembilan pegawai dan anggota polis berkaitan siasatan kes berkenaan.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (B) dan 17 (a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Harm, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Harm 2001.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret membenarkan tujuh anggota polis termasuk dua ketua polis daerah yang bertugas di Melaka dan tiga orang awam dibebaskan dengan jaminan iaitu setiap anggota polis masing-masing sebanyak RM50,000 manakala setiap orang awam RM100,000 dengan seorang penjamin setiap seorang.

Dua lagi iaitu seorang pegawai polis berpangkat ASP dan seorang pemandu van yang didakwa menjadi orang tengah mengutip wang perlindungan masih direman.

Pemandu van direman sehingga sehingga 30 Mei manakala pegawai polis berpangkat ASP sehingga 31 Mei bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd