• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Putus Tiga Exco Kekal Dalam Kerajaan Selangor

oleh AK-47
19/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang mengadakan mesyuarat khas hari ini memutuskan tiga Exco parti itu kekal dalam pentadbiran kerajaan Selangor tanpa perlu meletak jawatan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Perkara 53 Fasal 7 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 jelas menyatakan bahawa seorang Exco selain Menteri Besar hendaklah memegang jawatan selama yang diperkenan oleh Sultan Selangor.

“Kedudukan Exco sebagaimana maklum sebelum ini, mereka dilantik oleh Sultan Selangor dan kita akan tunggu perkembangan berikut, kita akan teruskan pentadbiran dengan lancar dan tidak mahu ganggu,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat itu di ibu pejabat PAS di sini.

Tuan Ibrahim, yang kini memangku tugas Presiden PAS, turut menafikan laporan bahawa parti itu mengeluarkan arahan supaya semua 13 Anggota Dewan Undangan Negeri PAS di Selangor meletak jawatan masing-masing.

“Saya nafi ada arahan letak jawatan atau keluar daripada kerajaan Selangor. Laporan media hari ini turut dinafikan Pesuruhjaya PAS Selangor (Sallehen Mukhyi) dalam mesyuarat yang baru diadakan dan beliau tidak mengeluarkan arahan demikian,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata persoalan berkaitan tiga Exco PAS letak jawatan tidak timbul selagi kedudukan mereka diperkenan oleh Sultan Selangor.

“PKR sendiri tidak membuat keputusan, sebaliknya menunggu Menteri Besar (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) balik. Kita tak tahu dia nak buat macam mana. Kita akan buat keputusan itu, apabila tiba masanya,” katanya.

Tiga Exco PAS di Selangor ialah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar; Datuk Dr. Ahmad Yunus (Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi) serta Zaidy Abdul Talib (Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).

Pada 11 Mei, Majlis Syura Ulama memutuskan PAS menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR, selepas Muktamar PAS ke-63 di Alor Setar, Kedah bulan lepas meluluskan usul supaya pimpinan tertinggi parti menamatkan kerjasama politik antara kedua-dua parti apabila PKR dilihat tidak menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka. – BERNAMA

Tags: Datuk Tuan Ibrahim Tuan ManPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

DAP Beri Peringatan Jangan Jadi Malaysia Negara Islam!

Next Post

Anak Durjana Tikam Dan Tetak Bapa

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

Anak Durjana Tikam Dan Tetak Bapa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd