• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Kedah Sasar Ada ‘Bank Calon’ Hadapi PRU14

oleh Ahmad Albab
13/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – PAS Kedah mengakui sudah mempunyai ‘bank calon’, satu konsep di mana parti itu meletakkan beberapa nama calon untuk bertanding pada satu-satu kerusi sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menyifatkan tahap kesediaan parti itu untuk menghadapi PRU14 berada pada tahap yang tertinggi ketika ini, Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata kesemua nama yang dicalonkan adalah calon PAS tulen, bukannya golongan ‘harumanis’.

“Senarai calon sudah diterima dari PAS kawasan dan sudah dihantar ke peringkat PAS pusat untuk dinilai dan diangkat terus ke Majlis Syura Ulama sama ada layak atau tidak,” katanya dalam sidang media di Kompleks PAS Kedah di sini hari ini.

Malah, katanya, calon-calon berkenaan adalah terdiri daripada mereka yang berkemahiran dan mempunyai keisitimewaan tersendiri, bukan hanya terdiri daripada golongan ulama ataupun ahli agama.

“Kita mahu menggambarkan kepada rakyat di luar sana, ramai latar belakang berbeza berada dalam PAS, ada yang aktivis, jurutera, perubatan, guru dan profesional,” katanya.

Berhubung tahaluf siyasi dengan PKR di peringkat negeri Kedah, beliau berkata PAS Kedah masih menunggu keputusan mesyuarat khas yang akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

“Sebarang keputusan bakal diputuskan di peringkat PAS pusat, kita akan akur,” katanya.

Majlis Syura Ulama PAS baru-baru sebulat suara mengambil keputusan menamatkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR secara serta-merta dan keputusan itu dibuat sebagai merujuk kepada tindakan PKR melanggar beberapa syarat kerjasama politik antara PAS dan PKR yang terjalin sejak sekian lama.

Terdahulu, beliau mengumumkan senarai nama kabinet PAS Kedah bagi sesi 2017/2019 yang mengekalkan kesemua nama bagi sesi lepas.

“Saya melihat bahawa pasukan ini (kabinet PAS negeri) adalah pasukan yang akan berhadapan dengan PRU akan datang, jadi dengan pengalaman yang ada pada mereka, saya yakin kita mampu menghadapi PRU dengan lebih lancar,” katanya. – BERNAMA

Tags: PASPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd