• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Ingatkan PAS Malaysia Bukan Makkah!

oleh AK-47
06/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemikiran Khawarij PAS yang melihat pelaksanaan syariah secara keras, kasar dan tanpa menghiraukan suara `orang lain’ bukan syariah Islam.

Pengarah Hal Ehwal Syariah Parti Amanah Negara (PAN), Zolkharnain Abidin berkata, PAN mermpunyai pendekatan tersendiri untuk menegakkan syariah berteraskan Perlembagaan Negara.

“Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak seharusnya melihat hanya dirinya atau partinya saja yang mahukan syariah tertegak di negara ini.

“PAN ada pendekatan sendiri yang diyakini berupaya meletakkan syariah pada tempatnya tanpa mengganggu-gugat keharmonian bermasyarakat.

“Pemikiran Khawarij bukanlah daripada syariah. PAN komited dengan syariah, pelaksanaan syariah tetapi bukan dengan kerangka pemikiran Khawarij,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Khawarij merujuk kepada golongan pengganas yang menghalalkan darah orang kafir dan orang Islam yang mereka hukum kafir melalui takfir.

Muktamar PAS baru-baru ini mengecam Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP kerana cuba menghalang usaha parti itu memperkasakan syiar Islam di Malaysia.

Pakatan Harapan dianggotai PAN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Zolkharnain berkata, pelaksanaan syariah dalam negara ini perlu dilihat dari sudut maqasid yang mengambil kira realiti, keutamaan, andaian, perimbangan dan implikasi.

“Malaysia bukan Makkah atau Madinah atau Baghdad dan Basrah. Kita hidup pada era langit terbuka, maklumat tersebar pantas dan manusia semakin kritikal,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KhawarijPANPASZolkharnain Abidin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd