• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAFA Ambil Tindakan Pemain Tiada Komited Harungi Liga

oleh AK-47
17/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akan mengambil tindakan drastik termasuk menggugur pemain dan staf pengurusan yang tidak menunjukkan komitmen dalam mengharungi baki aksi Liga Super musim ini.

Presiden PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata prestasi mereka akan dinilai terutama dalam perlawanan membabitkan The Bos Gaurus dan Sarawak di Stadium Ipoh pada Rabu ini.

Beliau berkata langkah itu diharap akan menjelmakan kemenangan sekali gus menjadi pemangkin dalam memperbaiki kedudukan Perak yang menghuni tangga kelima Liga Super ketika ini.

“Kita nak lihat mereka lakukan perubahan demi membawa Perak kembali menjadi antara pasukan disegani dan mampu mencabar kejuaraan liga pada edisi kali ini.

“Kita masih bagi mereka peluang dan diharap kepercayaan itu dijelmakan sebagai kemenangan dalam aksi menentang Sarawak di Ipoh,” katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas mengenai kritikan peminat dan pandangan termasuk daripada bekas pengurus pasukan Perak di era 90-an, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang mahukan PAFA membuat rombakan terhadap skuad Perak berikutan prestasi merosot yang ditampilkan dalam aksi Liga Super dan Piala FA musim ini.

Abdul Puhat berkata penyediaan skuad yang lebih mantap dan berkredibiliti juga diyakni mampu meraih kembali sokongan puluhan ribu penyokong setia The Bos Gaurus atau Sang Seladang.

Mengenai kemungkinan Perak menukar pemain import sedia ada, beliau berkata segala kemungkinan boleh berlaku namun keputusan akhir bergantung kepada penilaian prestasi mereka. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Abdul Puhat Mat NayanPresiden PAFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

J/K Eksekutif PAFA Tolak Peletakan Jawatan Presiden

14/11/2018
0

IPOH – Mesyuarat khas Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) hari ini sebulat suara menolak permohonan peletakan jawatan Hasnul...

Presiden Pafa Akhirnya Umum Letak Jawatan

08/11/2018
0

AKUR... Tidak sampai 24 jam dilihat bersemuka beri kata dua kepada penyokong di Ipoh, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim akhirnya letak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd