• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Tengah Kes Rasuah Polis Melaka Direman 6 Hari

oleh Ahmad Albab
19/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang lelaki yang disyaki memainkan peranan sebagai ‘orang tengah’ direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah bagi melindungi pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka.

Perintah reman terhadap lelaki berumur 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Nadia Othman selepas permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini.

Menurut sumber SPRM, lelaki itu ditahan pada pukul 9 malam tadi selepas hadir memberi keterangan berhubung kes berkenaan di ibu pejabat SPRM, di sini.

Lelaki tersebut bekerja sendiri dan disyaki berperanan sebagai orang tengah untuk mengutip wang suapan sebelum diserahkan kepada suspek-suspek yang lain, kata sumber itu.

Menurutnya akaun bank lelaki itu yang dipercayai digunakan untuk menyimpan wang suapan dan nilai rampasan masih dalam siasatan SPRM.

Lelaki itu merupakan orang awam keempat dan suspek ke-11 yang ditahan berhubung kes menerima rasuah bagi melindungi pusat judi haram serta rumah urut di sekitar Melaka, kata sumber itu.

Suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga dengan tangan bergari tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi.

Penahanan suspek dan 10 lagi termasuk dua ketua polis daerah merupakan usaha SPRM untuk membanteras kegiatan rasuah melibatkan judi dan rumah urut haram yang masih berleluasa ekoran sikap tidak berintegriti termasuk dalam kalang­an pihak berkuasa.

Semalam, seorang koperal polis berumur 52 tahun yang bertugas di Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka direman selama tujuh hari selepas ditahan di rumahnya di Kuarters IPK sama.

Turut dirampas semasa penahanan koperal berkenaan ialah wang tunai sebanyak RM800,000 yang disembunyikan di dalam stor kediamannya.

Sebelum itu, dua pegawai kanan polis yang bertugas di Melaka Tengah serta Jasin, seorang inspektor dan satu orang awam turut ditahan bagi membantu siasatan kes yang sama.

Selasa lalu, dua orang awam termasuk seorang peng­usaha pusat judi ha­ram yang dipercayai mempunyai ‘kuasa’ untuk menukar mana-mana pegawai polis yang tidak be­kerjasama dengan mereka, ditahan bersama tiga pegawai polis masing-masing dua berpangkat deputi superitenden dan seorang inspektor. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuahreman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Allah… Kucing Bunting Rahang Patah Dipukul

Next Post

Kencing Tikus: Remaja Maut Sah Mandi Di Gunung Pulai

Related Posts

Pempengaruh Didakwa Hantar Mesej Lucah Kepada Remaja Disambung Reman

Pempengaruh Didakwa Hantar Mesej Lucah Kepada Remaja Disambung Reman

26/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Pempengaruh yang ditahan polis selepas didakwa menghantar beberapa mesej berbaur lucah kepada remaja bawah umur berusia 14 tahun,...

Pemandu Lori Terbabit Kemalangan 9 Anggota FRU Maut Direman 4 Hari

Pemandu Lori Terbabit Kemalangan 9 Anggota FRU Maut Direman 4 Hari

14/05/2025
0

Teluk Intan: Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) semalam direman selama empat...

Next Post

Kencing Tikus: Remaja Maut Sah Mandi Di Gunung Pulai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd