• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MRT Digunakan 1.8 Juta Penumpang Sejak Beroperasi

oleh AK-47
12/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 1.8 juta penumpang telah menggunakan Perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK) Fasa 1 sejak Januari sehingga April lepas.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Wira Othman Aziz berkata jumlah tersebut agak memberangsangkan memandangkan perkhidmatan itu masih belum diintegrasi dengan stesen perkhidmatan tren lain seperti Sistem Transit Aliran Ringan dan monorel.

“Warga kota akan menerima MRT sebagai gaya hidup baharu mereka secara perlahan dan diharap apabila kesemua laluan MRT siap (SBK Fasa 2 dan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya), rakyat akan lebih menerima pakai sistem pengangkutan tren,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke depoh MRT Sungai Buloh di sini, hari ini.

MRT laluan SBK fasa 1 mula beroperasi 16 Disember tahun lepas, meliputi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan.

Othman berkata MRT laluan SBK setakat ini menerima kira-kira 15,000 penumpang sehari, dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 150,000 penumpang apabila Fasa 2 meliputi baki 19 stesen antara Semantan dan Kajang beroperasi Julai ini.

Katanya bagi menggalakkan warga kota menaiki pengangkutan awam itu, bas pengantara ke stesen MRT dan parkir juga disediakan untuk memudahkan pengguna.

Projek MRT SBK yang bernilai RM23 bilion meliputi jarak 51 kilometer dengan 31 stesen adalah sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dipelopori Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – BERNAMA

Tags: Datuk Wira Othman AzizMRT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Spritzer Sertai KL 2017 Sebagai Penaja Perak

Next Post

PAS Selangor Akur, Putus Kerjasama Dengan PKR

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

Next Post

PAS Selangor Akur, Putus Kerjasama Dengan PKR

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd