• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MPT Tidak Keluarkan Lagi Lesen Pusat Hiburan

oleh AK-47
31/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menjelaskan pihaknya tidak lagi mengeluarkan lesen kepada premis hiburan keluarga di bandar itu sejak awal tahun ini.

Yang Dipertuanya Datuk Abd Rahim Md Ariff berkata dua premis hiburan yang masih beroperasi di sini kemungkinan beroperasi secara haram.

“Kita akan berbincang dengan polis untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap dua pusat hiburan berkenaan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Bulanan MPT bagi bulan Mei di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan polis Perak semalam menyarankan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini agar tidak lagi mengeluarkan sebarang lesen permainan mesin simulator berkomputer kerana ia dikhuatiri menjurus kepada unsur perjudian.

Dalam perkembangan lain, Abd Rahim berkata pihaknya berjaya mengutip RM18 juta cukai taksiran di daerah Taiping sehingga bulan ini tahun ini, namun masih terdapat sebanyak RM8.2 juta cukai tertunggak membabitkan 14,000 pemilik harta.

“Kita menyasarkan untuk mengutip tunggakan itu sekurang-kurangnya 30 peratus,” katanya sambil menambah MPT sedang mempertingkatkan operasi termasuk menyita pemilik harta yang gagal menjelaskan cukai taksiran.

“Dalam operasi dua hari pada 24 dan 25 Mei lalu kita menjalankan sitaan membabitkan 36 pemilik harta yang mempunyai cukai taksiran berjumlah RM60,000.

Dalam perkembangan lain, Abd Rahim berkata MPT dan Pejabat Kesihatan Daerah memantau operasi di bazar Ramadan di daerah itu bagi memastikan peniaga mematuhi syarat serta peraturan.

Katanya sebanyak 799 tapak perniagaan bagi bazar Ramadan dan 166 tapak perniagaan bagi expo Aidilfitri telah disediakan tahun ini.

Antara tapak tersebut ialah bazar Ramadan Kamunting, jalan masuk Kampung Jana (Madza), Bukit Jana Kamunting, jalan Kamunting Lama, Pekan Batu Kurau, Bandar Taiping, Taman Panglima, Taman Mewah dan Pasar Ramadan R&R Batu 2 1/2 Jalan Simpang. – BERNAMA

Tags: LesenLesen Pusat HiburanMPT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukuplah!” Itu luahan tegas Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berhubung kemalangan maut membabitkan pemandu...

Nahas Pelajar UPSI: Lesen Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

Nahas Pelajar UPSI: Lesen Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

16/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Lesen memandu vokasional (PSV) milik pemandu bas yang terbabit dalam nahas meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd