• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Model Playboy Dikutuk Telanjang Di Gunung Suci

oleh
04/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WELLINGTON – Usaha keras model majalah erotik popular Playboy, Jaylene Cook selama tujuh jam daki Gunung Taranaki dekat sini akhirnya dikutuk masyarakat pribumi New Zealand sendiri.

Ini bukan kerana gadis berusia 25 tahun itu gagal mempromosikan keindahan puncak gunung suci kaum Maori di negara tersebut setinggi 2,518 meter dari paras laut, sebaliknya foto bogel dikongsikan oleh wanita jelita berkenaan.

Aksi bersahaja Jaylene yang cuma mengenakan kasut dan sarung tangan sambil bertelanjang memandang ke arah puncak itu dianggap sebagai biadap serta tidak menghormati kesucian roh penjaga Taranaki oleh etnik tersebut.

Meskipun foto eksklusif itu yang dirakamkan kekasihnya, Josh Shaw, dan dikongsi menerusi laman Instagram menerima respons hangat daripada lebih 300,000 pengikutnya, komuniti Maori pula menganggap ia sebaliknya.

Media tempatan melaporkan, aksi manja Jaylen, meskipun juga warga New Zealand; nyata sebagai tidak sensitif dengan budaya etnik pribumi kerana puncak Taranaki adalah tempat yang suci bagi mereka sejak ribuan tahun.

“Itu seperti orang asing datang ke Basilika Saint Petrus di Vatican City (kota suci penganut Kristian) dan berfoto telanjang di situ,” kata Dennis Ngawhare, jurucakap komuniti Maori setempat kepada stesen antarabangsa BBC.

Foto Jaylen tanpa seurat benang yang dirakamkan Josh, 27, ketika mereka mendaki gunung itu pada 26 April lalu, bagaimanapun mendapat lebih 10,000 tanda suka daripada pengikutnya di serata dunia menerusi media sosial.

Namun bagi Maori, Taranaki ialah tempat persemadian ramai moyang mereka dan bekas gunung berapi itu sendiri dianggap sebagai nenek moyang. Berdasarkan tradisi, mendaki hingga ke puncak juga tidak boleh dibuat pantas.

Model Playboy Dikutuk Telanjang Di Gunung Suci

Malangnya sejak zaman penjajahan Inggeris, suara penduduk asli tidak banyak didengar oleh Kapten James Cook yang turut menamakannya sebagai Gunung Egmont, tetapi masyarakat kulit putih menghormati tradisi tempatan.

“Kami sebenarnya hanya mohon agar orang menghormatinya. Kes ini amat dikesalkan apabila seseorang yang jelas tidak tahu bagaimana adab di sini,” kata Datuk Bandar Stratford, Neil Volzke  dekat lokasi Gunung Taranaki.

Beliau bagaimanapun memberitahu BBC, secara peribadi tidak berpendapat foto itu menghina Maori tetapi tetap menegur Jaylene kerana kawasan gunung merupakan tempat yang memiliki nilai amat penting bagi komuniti itu.

Di sebalik foto telanjangnya memicu kontroversi, Jaylene mempertahankan diri dengan menyatakan beliau sudah melakukan penyelidikan sebelum merakamkan gambar dan berpendapat foto seperti itu tidak hina sesiapa pun.

Beberapa insiden sebelumnya pernah mengakibatkan komuniti Maori marah, antara lain kes sekelompok pendaki gunung sempat membuat barbeku di puncak Gunung Taranaki semasa musim panas lalu selain isu grafiti.

Pada 2015, sekelompok pelancong Barat berbogel di puncak Gunung Kinabalu di Sabah, menyebabkan penduduk tempatan marah dan secara kebetulan pula berlaku gempa bumi kuat selepas itu mengakibatkan ramai maut.

Mereka namun berjaya ditangkap pihak polis serta dikenakan hukuman denda sejumlah amaun dan penjara selama beberapa hari oleh mahkamah sebelum dibenarkan meninggalkan Malaysia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: bogelplayboy
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bogel Di Surau Plaza Tol, Dua Sahabat Dipenjara

Bogel Di Surau Plaza Tol, Dua Sahabat Dipenjara

13/11/2023
0

BATU PAHAT: Lelaki dan wanita didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan berbogel di surau plaza tol,...

Polis Kenal Pasti Identiti Mayat Lelaki Bogel

Polis Kenal Pasti Identiti Mayat Lelaki Bogel

23/07/2022
0

Petaling Jaya : Polis sudah mengenal pasti identiti mayat lelaki yang ditemui mati dalam keadaan bogel dipercayai akibat terjatuh dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd