• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Model Pandu Lawan Arus Bebas Tuduhan Dadah

oleh AK-47
12/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Remaja perempuan yang memandu secara melawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Permatang Pauh hingga menyebabkan kematian dibebaskan daripada pertuduhan mengambil dadah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Harian Metro melaporkan, ujian saringan air kencing tertuduh, Ng Pei Ven, 19, negatif selepas diberitahu Timbalan Pendakwaraya Kamaliza Md Zin.

Majistret Jamaliah Abd Manap memutuskan untuk membebaskan remaja itu daripada pertuduhan tersebut dan memerintah wang jaminan berjumlah RM5,000 dikembalikan.

Pada 17 Mac, Pei Ven mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengambil dadah jenis amphetamine sewaktu kejadian.

Mengikut pertuduhan, Pei Ven didakwa memasukkan dadah jenis amphetamine ke dalam badan namun tertuduh minta dibicarakan.

Bagi kesalahan itu dia dituduh di bawah seksyen 15 (1) (a)Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua iaitu memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli, 26, mahkamah menetapkan 5 Julai depan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen.

Tertuduh diwakili peguam Parmjit Singh Mahinder.

Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi pada 14 Mac lalu, kereta jenis Proton Gen 2 yang dipandu model sambilan itu secara melawan arus dari arah Sungai Dua menghala Permatang Pauh melanggar beberapa kenderaan lain sehingga menyebabkan kematian seorang juruteknik kilang.-MYNEWSHUB.CC

Tags: lawan arusmahkamahRemaja Perempuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Remaja Perempuan 19 Tahun Maut, Terjatuh Tingkat 19 Kondominium

Remaja Perempuan 19 Tahun Maut, Terjatuh Tingkat 19 Kondominium

04/02/2026
0

GOMBAK: Seorang remaja wanita berusia 19 tahun maut selepas disyaki terjatuh dari tingkat 19 sebuah kondominium di Batu Caves, kelmarin....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd