• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mimpi Jadi Kenyataan Terima Kunjungan PM

oleh
07/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Bagaikan bermimpi menjadi kenyataan buat Jumah Abdul Hamid apabila hasratnya bertemu Perdana Menteri tercapai selepas berpeluang menerima kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak sempena program ‘Jom Bantu Rakyat’ di Kampung Sim-Sim, di sini, hari ini.

Kunjungan Najib meninggalkan memori indah buat wanita berusia 57 tahun itu, yang tidak dapat berjalan dan mengidapi penyakit kencing manis serta darah tinggi, apabila pemimpin nombor satu negara itu melawat dua rumah penduduk di kampung berkenaan.

“Syukur Alhamdulillah…selama ini hanya melihat di televisyen tetapi hari ini dapat berjumpa dengan Perdana Menteri (Najib).

“Terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana memilih saya untuk program ini,” katanya.

Perasaan gembira dan terharu itu turut dikongsi suaminya, Awang Damit Bakar, 64, yang menyifatkan Najib sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat dengan meluangkan masa berjumpa rakyat tidak kira di mana sahaja.

Beliau, yang bekerja sebagai nelayan, berkata impiannya untuk berjumpa Najib menjadi kenyataan dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan kerusi roda, katil khas dan pembaikan bilik air rumahnya menerusi program tersebut.

Perdana menteri meluangkan masa sejam pada program itu dan turut menziarahi lagi seorang lagi penduduk kampung itu, Banrun Binti Mohamad, 82, bekas pesakit strok.

Seorang anak perempuannya, Shamsiah Noraji bersyukur dan terkejut apabila diberitahu oleh pihak JKM bahawa Najib akan menziarahi ibunya.

“Kunjungan Perdana Menteri ke rumah kami menjadi detik bersejarah kepada kami dan anak cucu kami,” kata pengusaha taska itu.

Menerusi program itu, Banrun turut menerima sumbangan kerusi roda, katil khas dan pembaikan bilik air rumah.

Hadir sama pada program tersebut ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; timbalannya, Datuk Raymond Tan Shu Kiah dan Ketua UMNO Bahagian Sandakan, Tan Sri Ampung Puyon. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd