• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIDA Bincang Syarikat Automotif Labur Di Malaysia

oleh AK-47
11/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang berbincang dengan beberapa syarikat automotif yang berminat untuk melabur di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Azman Mahmud berkata dengan kehadiran banyak syarikat automotif antarabangsa seperti BMW Group, ia telah mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam pasaran automotif serantau.

“Apabila BMW menggandakan operasi mereka dalam tempoh yang amat singkat, ia menunjukkan bagaimana pentingnya Malaysia kepada pelabur dan mempertimbangkan negara ini sebagai pusat pengedaran bagi rantau ini.

“(Malah), kami sedang berbincang dengan beberapa (syarikat automotif) dan kita akan tahu apabila sampai masanya,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pusat pengedaran alat ganti serantau BMW Group di Zon Perindustrian Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini hari ini.

Bagaimanapun, Azman tidak menyatakan butiran mengenai pelabur yang berpotensi.

Beliau berkata Malaysia ternyata mempunyai kekuatannya dalam sektor automotif berbanding negara jiran, Thailand.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Rantau Asia, Pasifik dan Afrika Selatan BMW Group, Hendrik von Kuenheim berkata pusat pengedaran alat ganti serantau yang baharu di Senai akan memainkan peranan utama untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam pasaran automotif serantau.

Beliau berkata rekod prestasi jualan yang dicapai di Asia pada tahun lepas dan pada suku pertama 2017 menjadi bukti kepada pengukuhan BMW Group di rantau ini.

“Oleh itu, kami percaya Malaysia adalah pasaran utama yang menyokong hala tuju perniagaan strategik kami dalam meningkatkan kedudukan kami di rantau ini,” kata von Kuenheim.

Kemudahan seluas 775,000 kaki persegi itu, iaitu antara kemudahan BMW yang terbesar di rantau Asia Pasifik, akan menyokong lebih 23 negara di rantau ini sebagai pusat pengedaran alat ganti dan gudang logistik. – BERNAMA

Tags: Datuk Azman MahmudMIDA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Prasekolah Di Seluruh Negara Akan Ditambah Baik

Next Post

KKM Mahu Idea Tingkatkan Khidmat, Jimatkan Kos

Related Posts

Muhyiddin Tiba Di MIDA Bagi Dirakam Percakapan

Muhyiddin Tiba Di MIDA Bagi Dirakam Percakapan

21/08/2024
0

Kuala Lumpur : Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini,...

Isu 3R: Polis Rakam Keterangan Muhyiddin Di MIDA Esok

Isu 3R: Polis Rakam Keterangan Muhyiddin Di MIDA Esok

19/08/2024
0

KUALA LUMPUR - Polis akan merakam keterangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan...

Next Post

KKM Mahu Idea Tingkatkan Khidmat, Jimatkan Kos

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd