• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengaku Ambil Syabu, Mamat Didenda RM1,000

oleh AK-47
15/05/2017
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS vokalis kumpulan Exist, Mamat, didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini selepas mengaku bersalah memasukkan methamphetamine ke dalam badan, enam tahun lalu.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 39, dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Noor Aisyah Ahmad sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

 Noor Aisyah turut memerintahkan Mamat menjalani pengawasan polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun, manakala sekiranya gagal membayar denda terbabit, dia boleh dipenjara lima bulan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mamat didakwa memasukkan dadah berbahaya itu ke dalam badannya di pejabat Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, pada 3.30 petang, 21 Mac 2011.

 Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Arwa Abdul Rahman yang mewakili Mamat memohon hukuman ringan buat anak guamnya memandangkan pertuduhan yang dihadapkan adalah kes pada 2011.

“Anak guam saya ditahan pada 2011 untuk kes ini dan kini dia sudah bebas daripada penyalahgunaan dadah.

“Kini, Mamat bekerja sebagai jurujual jualan langsung dan turut menanggung tiga anak yang masih bersekolah berusia 11 hingga 15 tahun,” katanya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali. – Harian Metro

Tags: kes dadahmamat exist
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sarawak Disaran Rangka Pelan Pembangunan Belia

Next Post

“Tak Payah Panggil Datuk, Panggil Aje Nassier”

Related Posts

Rayuan Kes Dadah: Mamat Exist Berjaya Ketepi Hukuman Penjara

Rayuan Kes Dadah: Mamat Exist Berjaya Ketepi Hukuman Penjara

08/07/2024
0

JOHOR BAHRU : Vokalis Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 47, yang sebelum ini berdepan pertuduhan mengambil dadah...

Koperal, Lans Koperal Direman Terima Suapan Kes Dadah

Koperal, Lans Koperal Direman Terima Suapan Kes Dadah

05/09/2023
0

MELAKA: Tiga anggota polis berpangkat koperal dan lans koperal direman tujuh hari bermula hari ini selepas dipercayai terlibat suapan berjumlah...

Next Post

“Tak Payah Panggil Datuk, Panggil Aje Nassier”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd