• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Rempit Maut Ketika Sedang Lumba Haram

oleh Ahmad Albab
22/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang remaja lelaki dipercayai mat rempit maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta ketika sedang berlumba haram di Jalan Sultan Azlan Shah di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi tadi, mangsa yang berumur 19 tahun dari Sungai Siput, dekat sini maut di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, DSP Mohd Mahiri Hussin berkata kejadian berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC, bergerak dalam sekumpulan mat rempit yang menjalankan aktiviti lumba haram di kawasan tersebut.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Proton Satria yang dipandu lelaki berumur 21 tahun merempuh belakang motosikal mangsa sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan maut.

“Selepas rempuhan berlaku, pemandu lelaki tersebut kemudiannya ditahan oleh kumpulan mat rempit tersebut dan memukulnya beberapa kali,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Mahiri berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat, manakala pemandu kereta berkenaan menerima rawatan lanjut di hospital yang sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987.

Dalam kemalangan berasingan, seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah bas Perak Transit di Kilometer 41.8 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, 30 kilometer dari sini kira-kira pukul 8.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt. Abd. Fatah Abd. Rahman berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Farhan Razali, 24, dari Kuala Kangsar maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah akibat tersepit.

Katanya kejadian berlaku apabila mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dari arah Ipoh, tiba-tiba hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar bas yang datang dari arah tersebut.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu kereta telah tersepit di tempat duduknya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, pemandu bas, Abdul Samat Abu Hashim, 55, putus jari kelingking, konduktor bas, N. Krishnan Vanni, 57, pula patah tangan kanan, manakala dua penumpang bas tersebut cedera ringan dan dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk rawatan lanjut. – BERNAMA

Tags: lumba haramMat Rempit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Capai Akses Sejagat Kepada Penjagaan Kesihatan Berkualiti

Next Post

3 Klinik Desa Di Baling Dibaik Pulih

Related Posts

9 Mat Rempit Termasuk Wanita Ditahan Kerana Lumba Haram

9 Mat Rempit Termasuk Wanita Ditahan Kerana Lumba Haram

01/08/2024
0

Iskandar Puteri : Lapan penunggang motosikal dan seorang pembonceng yang melakukan aksi 'Superman' ketika menunggang motosikal dicekup Skuad 42 Bahagian...

5 Remaja Termasuk 3 Pelajar Sekolah Ditahan Disyaki Lumba Haram

5 Remaja Termasuk 3 Pelajar Sekolah Ditahan Disyaki Lumba Haram

21/07/2024
1

ALOR GAJAH : Seramai 23 lelaki termasuk pelajar sekolah terpaksa 'menapak' sejauh kira-kira tiga kilometer sambil menyorong motosikal selepas ditahan...

Next Post

3 Klinik Desa Di Baling Dibaik Pulih

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd