• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Over, David Teo Tarik Perhatian PM

oleh Ahmad Albab
24/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kehadiran dua penggiat seni, yang menjadi bualan hangat netizen baru-baru ini, pada pembentangan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2016 di sini malam tadi menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang baru tujuh minit membentangkan laporan NTP, menjadikan penerbit filem, Datuk David Teo dan pelawak, Sulaiman Yasin atau Mat Over sebagai contoh semangat bersatu-padu dalam kalangan rakyat.

Sambil tersenyum memandang Teo dan Mat Over yang duduk di barisan hadapan di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) Universiti Teknologi MARA (UiTM), perdana menteri berkata: “Ni, depan saya ni, nampaknya saudara Mat Over pun hadir dan Mejar David Teo pun ada. Duduk sama-sama lagi…macam ni la bagus.

“Ini yang saya mahu sebagai PM (perdana menteri) dan kerajaan hendak lihat rakyat kita bersatu-padu…barulah Malaysia akan berjaya,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin termasuk penjawat awam dan pekerja swasta, mahasiswa serta tetamu jemputan.

Turut hadir pada pembentangan NTP itu ialah pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor yang duduk di sebelah Teo.

Ketika membentangkan laporan NTP itu, Perdana Menteri turut meminta rakyat supaya menghindari pergaduhan dan sentiasa berbaik serta saling tolong-menolong supaya negara terus aman dan makmur.

Pada Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Penggiat Seni di Seri Perdana, Putrajaya minggu lepas, Mat Over menampar Teo yang didakwanya bersikap biadap di hadapan Najib.

Rosyam, yang bertindak sebagai moderator pada dialog itu, juga dikaitkan dengan insiden itu yang berakhir dengan sesi bermaafan di antara Teo dan Mat Over. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakNTP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd