• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tak Hasrat Bawa Pulang Jenazah Wanndy

oleh Ahmad Albab
10/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Malaysia tidak berhasrat untuk membawa pulang jenazah ketua militan Daesh Asia Tenggara Muhammad Wanndy Mohamed Jedi yang disahkan terbunuh di Syria, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, beliau berkata keluarga Muhammad Wanndy boleh berbuat demikian dengan perlu berbincang dan berurusan dengan pihak berkuasa di Syria.

“Kerajaan Malaysia telah dimaklumkan oleh pihak risikan antarabangsa berkenaan kematian Muhammad Wanndy dalam satu serangan dron.

“Kerajaan Malaysia) tidak ada perancangan untuk membawa pulang jenazahnya. Pihak keluarga (Muhammad Wanndy) boleh berbincang dengan pihak berkuasa di sana (Syria) (untuk membawa pulang jenazah),” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dan kini dalam rangka lawatan kerja tiga hari di Australia bermula Ahad lepas, berkata demikian kepada pemberita Malaysia di sini, hari ini ketika ditanya tentang warga Malaysia itu yang dilaporkan terbunuh dalam satu serangan di Raqqa, Syria pada 29 April lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara itu di laman rasmi Twitter semalam selepas membuat penelitian terhadap maklumat yang diperoleh.

Pada 29 April lepas, berita kematian Muhammad Wanndy tular di laman sosial selepas isterinya Nor Mahmudah Ahmad, 28, memuat naik status dalam laman Facebook memaklumkan suaminya itu meninggal dunia dalam satu serangan dron. – BERNAMA

Tags: DaeshDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd