• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Pengganti Nik Aziz Dalam Pakatan?

oleh Ahmad Albab
07/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) membayangkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pengganti Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam pakatan pembangkang.

Setiausaha Organisasi PAN, Suhaizan Kayat membayangkan perkara itu apabila mendakwa penerimaan kaum Cina ke atas Mahathir dalam pakatan pembangkang seperti penerimaan kaum itu ke atas Allahyarham Nik Abdul Aziz semasa hayatnyta.

“Saya melihat sambutan kaum cina terhadap Mahathir di Johor sama seperti sambutan mereka terhadap Nik Abdul Aziz satu masa dahulu.

“Mereka semua bangun menyambut kehadiran Mahathir dalam jamuan makan malam DAP di Sutra Mall, Skudai,” dakwanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam.

Mahathir selepas meninggalkan UMNO menubuhkan PPBM bagi menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai parti yang memperjuangkan agenda sekular di Malaysia iaitu DAP.

Mahathir bertindak demikian bagi melunaskan dendamnya ke atas UMNO kerana beberapa kepentingan peribadinya termasuk dalam sektor perniagaan tidak dipenuhi Kerajaan Persekutuan.

Suhaizan dalam pada itu mendakwa Pakatan Harapan yang turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) mampu menawan Johor berdasarkan kehadiran lebih 1,000 orang dalam dalam program Pakatan Harapan di Tanjung Piai yang disertai Mahathir semalam.

Dakwa beliau, beratus bendera PPBM dan PAN dipasang sepanjang jalan menuju ke tapak program itu dan cuma ada dua bendera Barisan Nasional (BN) dan satu bendera lusuh PAS seolah-olah menanti hari koyak diterjah angin.

Menurut beliau, beliau juga yakin Pakatan Harapan akan dapat mempengaruhi rakyat Johor kerana Mahathir dalam ucapannya menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1MDB dan SRC serta menjelaskan DAP, Lim Kit Siang bukan pengkhianat.

Beliau bagaimanapun mengakui empat tahun lalu Mahathir hadir ke Pulai membantu BN melawan Kit Siang tetapi semalam merayu kepada kaum Melayu supaya menyokong DAP dan menyifatkan ia cuma suatu perkara yang dramatik.

“Bukan kami yang khianat tapi PAS yang khianat kepada rakyat. Kami melompat parti untuk lawan Barisan Nasional (BN),” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Nik AzizSuhaizan KayatTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd