• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lofattah Akui Hubungan Cinta Sudah Berakhir

oleh AK-47
03/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA sebelum ini Neelofa dan Fattah Amin berteka-teki mengenai status hubungan mereka, akhirnya kedua-dua peneraju siri popular Suri Hati Mr. Pilot (SHMP) itu mengakui bahawa hubungan mereka sudahpun menuju noktah.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di laman sosial sejak Isnin lalu, jelas kedua-dua Fattah dan Lofa mahu para peminat fanatik mereka tahu bahawa perasaan cinta tidak lagi wujud antara mereka.

“Saya dengan Lofa diam, lagi banyak andaian, lagi banyak-banyak rumours (khabar angin), lagi banyak cerita, sampai saya dengar cerita yang bukan-bukan,” jelas Fattah dalam video tersebut.

Selepas itu, Lofa pula mencelah: “We were together (kami pernah bercinta),” yang disambut dengan sorakan membingitkan oleh peminat-peminat mereka.

Bagaimanapun, kekeliruan ternyata terpancar di wajah kedua-dua Lofa dan Fattah kerana mungkin pelik melihat orang bersorak di atas kecundangan kisah cinta mereka. LOL!

Selepas itu, Fattah mengakui bahawa keserasian yang wujud antara mereka sepanjang menjayakan siri tersebut bukanlah sekadar lakonan semata-mata, malah terbit daripada perasaan cinta yang pernah mekar sebelum ini.

“So sebenarnya, ‘kemesraan’ yang anda semua nampak sebelum ni was true (memang benar). Bukannya false hope (harapan palsu), bukannya nak bagi harapan,” jelas Fattah lagi.

Sementara itu, Fattah yang telah mengeluarkan single terbaru nyanyiannya berjudul Wanita Terakhir itu turut mengakui bahawa lagu itu sebenarnya pada asalnya ditujukan buat Neelofa.

Lofattah Akui Hubungan Cinta Sudah Berakhir

Melalui perkongsian Fattah Amin di Instagram, dia menjelaskan bahawa lagu Wanita Terakhir diilhamkan berdasarkan kisah cinta beliau (merujuk kepada Neelofa) pada satu ketika dahulu. Tambahnya lagi, soal jodoh dan rezeki adalah ketentuan dari-Nya.

“Saya juga ingin sampaikan nukilan hati saya yang bahawa jodoh adalah di tangan Allah. Sesiapa juga yang bakal menjadi pilihan hati saya, yang paling penting buat saya ialah restu dan redha dari kedua ibu bapa saya.”

Begitulah al-kisahnya.

Harap-harap selepas ini tiada lagi peminat #Lofattah yang terlebih fanatik menambahkan tekanan kepada Lofa dan Fattah untuk kembali bercinta pula! – MYNEWSHUB.CC

Tags: Fattah AminNeelofa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

14 Negara Saing Kejohanan Golf MPI Generali-Saujana

Next Post

Nelayan Pahang Sangkal Pendapatan Bawah RM400

Related Posts

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

Next Post

Nelayan Pahang Sangkal Pendapatan Bawah RM400

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd