• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tipu Jual iPhone 6 Ditahan Polis

oleh AK-47
09/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang aktif melakukan penipuan menjual telefon bimbit iPhone 6 secara dalam talian sejak membabitkan jumlah kerugian bernilai RM140,285.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt. Abdullah Arshad berkata, lelaki berusia 36 tahun yang berasal dari Bentong, Pahang itu ditahan pada 4 Mei lalu pada pukul 7 malam di Taman Cempaka Ipoh, Perak.

“Suspek bergiat aktif secara berseorangan dan modus operandi yang digunakan ialah mengiklankan iPhone 6 di laman web mudah.com, aplikasi WhatsApp dan WeChat menggunakan nama Jason Lee Chee Kiong.

“Dengan menawarkan harga yang murah, suspek akan meminta mangsa memasukan wang ke dalam nombor akaun bank yang diberinya dan menghilangkan diri selepas transaksi dilakukan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Jelasnya ketika ditahan, polis turut merampas lima kad ATM milik suspek dan bapanya yang digunakan untuk memperdayakan mangsa serta dua kad sim telefon.

Siasatan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah dan dengan tertangkapnya suspek, polis berjaya menyelesaikan 23 kes penipuan pembelian telefon bimbit yang tidak wujud.

Suspek kini ditahan reman sehingga 11 Mei bagi siasatan lanjut dan kes di siasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: iPhonekes tipu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerjasama Anak-Hisbah Perangi Rasuah Felda Gimik

Next Post

Konsistensi Perjuangan Faktor UMNO Jadi Pilihan

Related Posts

Abang ‘Sado’ Ketagih Curi iPhone Pro Max Terperangkap

Abang ‘Sado’ Ketagih Curi iPhone Pro Max Terperangkap

11/06/2023
0

KULAI: Seorang lelaki berbadan sasa yang menggunakan pelbagai taktik sebelum melarikan iPhone terpakai dari beberapa premis di bandar raya ini,...

Trump Gesa Apple Bantu Akses Data iPhone Penembak Saudi

15/01/2020
0

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, semalam menggesa Apple membantu pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengakses data yang terdapat...

Next Post

Konsistensi Perjuangan Faktor UMNO Jadi Pilihan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd