• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Legenda ‘James Bond’ Meninggal Usia 89 Tahun

oleh
24/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Bintang legenda Britain, Sir Roger Moore, yang terkenal dengan wataknya sebagai James Bond dalam sekuel filem perisikan tersebut, meninggal dunia pada usia 89 tahun.

Berita rasmi kematian hero prolifik ‘ejen rahsia 007’ tersebut diumumkan sendiri oleh ahli keluarga mendiang pada lewat Selasa, menurut laporan dipetik oleh agensi berita antarabangsa, Reuters di sini.

Beliau meninggal dunia akibat penyakit barah di Switzerland. Mendiang mula menjadi aktor Bond sehingga terpaksa memotong rambut panjang disimpannya selama ini menerusi  Live And Let Die (1973).

Moore kemudian memegang watak itu dalam The Man With The Golden Gun (1974) dan The Spy Who Loved Me (1977), Moonraker (1979), For Your Eyes Only (1981), Octopussy (1983) dan A View To A Kill (1985).

Beliau mengambil alih watak Bond daripada aktor terkenal, Sean Connery pada 1973 dan dianggap pelakon filem paling lama memegang peranan hero pengintip imaginasi tersebut dalam sejarah.

Pemilihan Moore kerana kejayaan menerusi drama perisikan ternama televisyen, The Saint dari 1962 sehingga 1969 sebagai watak Simon Templar yang asalnya diadaptasi daripada novel Leslie Charteris pada 1920-an.

Lahir di Stockwell di sini pada 14 Okotober 1927, beliau merupakan anak tunggal George Alfred Moore, seorang anggota polis dan surirumah, Lillian Pope. Beliau pernah menjadi kapten askar British pada 1946.

Moore yang memiliki rumah di Switzerland, Perancis dan Monaco pernah disahkan menghidap barah kulit serta dirawat beberapa kali selain tidak minum arak kerana didiagnosis mempunyai kencing manis.

Keluarga mendiang yang mengesahkan berita sedih mengenai kematiannya itu melalui akaun sosial Twitter turut mendedahkan bahawa Moore meninggal dunia selepas “bertarung dengan kanser”.

Menurut anak-anaknya, bapa mereka yang pernah berkahwin sebanyak empat kali itu bakal disemadikan dalam satu upacara persendirian di Monaco. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: James BondRoger Moore
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Henry Golding Bintangi James Bond?

20/02/2019
0

AKTOR popular Hollywood kelahiran Malaysia, Henry Golding dilaporkan bakal membintangi filem James Bond. Henry, 32, dikhabarkan akan menggantikan pelakon Daniel...

Kereta James Bond Ditemui Setelah 20 Tahun Hilang

27/06/2018
0

MISTERI kehilangan sebuah kereta sport, Aston Martin lebih 20 tahun yang dilaporkan dicuri telah terjawab apabila kenderaan antik tersebut berjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd