• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Rampas 10 Perisian Cetak Rompak Microsoft

oleh Ahmad Albab
09/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 18 perisian cetak rompak Microsoft dilengkapi sijil ketulenan (COA) palsu bernilai kira-kira RM18,000 di sebuah rumah di Taman Merbok di Bukit Katil, di sini pada 3 Mei lepas.

Pengarah KPDNKK Melaka, Jaiya Abu berkata pihaknya turut menahan seorang peniaga dalam talian berusia 29 tahun yang dipercayai menjual perisian itu di premis berkenaan dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang itu.

Beliau berkata sebanyak 11 perisian Windows 7 dan tujuh perisian Windows 10 bersama COA palsu yang dipercayai dijual antara RM500 dan RM600 setiap satu.

“Serbuan di rumah berkenaan dilakukan berdasarkan aduan wakil Microsoft tentang penjualan secara dalam talian perisian cetak rompak Microsoft dilengkapi COA palsu.

“KPDNKK mengambil berat tentang peningkatan jualan barangan palsu atau tiruan secara dalam talian kerana peniaga bersikap tidak bertanggungjawab mendakwa ianya asli atau sah untuk mengaut keuntungan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Melaka Hamzah Mahadi.

Jaiya berkata pihaknya turut merampas sebuah komputer riba dan telefon bimbit yang dipercayai digunakan suspek dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap salinan perisian dan penjara tidak melebihi tiga tahun.

Beliau berkata COA tidak mempunyai nilai komersial dan tidak dijual secara berasingan daripada produk perisian tetapi apabila ia disertakan pada perisian cetak rompak, ia memberi gambaran perisian berkenaan adalah tulen atau berlesen.

Katanya COA membantu pengguna mengenal pasti perisian yang dibeli adalah tulen dan ia mempunyai beberapa ciri keselamatan yang sukar ditiru namun sekiranya pengguna tidak berhati-hati mereka mudah terpedaya.

Justeru beliau berkata pengguna dinasihatkan membeli produk perisian secara terus daripada pengedar sah dan mereka boleh merujuk tentang cara mengenal pasti ketulenan perisian yang dijual melalui laman sesawang www.hoetotell.com atau Kempen Pengguna Dalam Talian #iamgenuine di http://iamgenuine.azurewebites.net. – BERNAMA

Tags: Cetak RompakKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FINAS Tiada Kuasa Heret Pelaku Cetak Rompak

FINAS Tiada Kuasa Heret Pelaku Cetak Rompak

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak mempunyai kuasa perundangan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu melakukan kesalahan...

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd