• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Diarah Periksa ‘Fidget Spinner’

oleh Ahmad Albab
12/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diarah memeriksa gajet ‘fidget spinner‘ di pasaran sama ada permainan itu mengundang bahaya kepada pengguna atau sebaliknya.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata penguat kuasa KPDNKK akan mendapatkan sampel permainan itu di pasaran sebelum dihantar kepada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk diperiksa.

“Itu adalah langkah jangka masa pendek yang kita ambil terhadap barang ini (fidget spinner) untuk kita pastikan supaya ia tidak memudaratkan pengguna dalam negara.

“Untuk jangka masa panjang, KPDNKK sudah tubuhkan jawatankuasa yang akan bertanggungjawab mengeluarkan standard untuk permainan serta barangan lain, namun ia masih di peringkat persefahaman dan dijangka mula beroperasi secepat mungkin.

“Melalui jawatankuasa itu, semua barangan yang mahu dibawa masuk ke Malaysia atau dibawa keluar ke negara lain, sama ada permainan, makanan, barangan pembinaan dan lain-lain perlu melalui pemeriksaan KPDNKK.

“Pihak kementerian juga akan mengeluarkan peraturan dan standard yang perlu dipatuhi pengeluar produk,” katanya pada sidang media Program Kesedaran Akta Syarikat 2016 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebimbangan terhadap barangan itu yang dikhuatiri boleh membahayakan pemainnya, khususnya pelajar sekolah.

BH hari ini melaporkan beberapa badan bukan kerajaan menyuarakan kebimbangan kerana gajet itu bukan saja boleh mendatangkan kecederaan, malah dieksploitasi menjadi senjata berbahaya dan diguna untuk tujuan jenayah.

Gajet yang pada asalnya dicipta untuk penghidap Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD), mula menjadi kegilaan kanak-kanak hingga ada yang mengubahsuainya menjadi produk berbahaya.

Antara kesannya seperti berlaku di Britain, membabitkan seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang hampir buta angkara terkena bilah ‘fidget spinner’ selepas terbabas dari tangan rakannya ketika sedang asyik melakukan beberapa aksi. – Berita Harian

Tags: Datuk Seri Hamzah ZainuddinKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pindaan Akta Tangani Penyeludupan Migran

21/02/2022
0

PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 bermula esok diharap mampu menjadi penyelesaian terbaik menzahirkan usaha Malaysia...

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd