• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontroversi Muka Depan: The Star Gantung 2 Editor

oleh AK-47
31/05/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua editor kanan The Star telah digantung tugas berikutan siasatan terhadap muka hadapan akhbar itu pada 27 Mei.

Menurut laporan The Star Online, dua editor itu ialah ketua pengarang, Datuk Leanne Goh Lee Yen dan editor eksekutif, Dorairaj Nadason.

Ia menyatakan kedua-dua mereka akan berhenti menjalankan tugas masing-masing sehingga notis seterusnya.

“Mereka telah digantung dari tugas dan siasatan terhadap perkara itu akan dijalankan tidak lama lagi. Pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif Star Media Group, Datuk Seri Wong Chun Wai akan menyelia operasi bahagian editorial dalam tempoh berkenaan,” kata laporan itu malam ini.

Muka hadapan The Star 27 Mei memaparkan foto dan keterangan gambar umat Islam sedang mengerjakan solat taraweh pada hari pertama Ramadan di bawah tajuk terang “Malaysian Terrorist Leader”.

Ini mencetuskasn kritikan daripada pelbagai pihak, terutama badan bukan kerajaan (NGO) Islam, yang menyifatkan tajuk berita dan keterangan gambar itu sebagai tidak sensitif terhadap perasaan masyarakat Islam.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri memanggil empat editor The Star untuk menjelaskan tajuk, foto dan keterangan gambar yang seolah-olah menunjukkan umat Islam ada kaitan dengan terrorisme.

The Star kemudian diberikan masa tujuh hari untuk menjawab surat mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap akhbar tabloid itu di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, termasuk menggantung permit penerbitannya. – BERNAMA

Tags: Akhbar The Star
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sebutir Lagi Bom Paip Dijumpai Di Bangkok

Next Post

Pendaki Tertua Malaysia Azam Kembali Ke Everest

Related Posts

The Star Perjelas Wawancara Mujahid Mengenai Serbuan Khalwat

10/10/2018
0

PADA 6 Oktober, The Star menyiarkan berita pada halaman empat akhbar berkenaan dengan tajuk “Putting compassion into practice” dan “No...

Akhbar The Star Digesa Mohon Maaf Secara Terbuka

08/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Akhbar berbahasa Inggeris, The Star digesa agar memohon maaf secara terbuka kerana menulis laporan yang salah sehingga...

Next Post

Pendaki Tertua Malaysia Azam Kembali Ke Everest

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd