• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korea Utara Dalang Virus ‘Ransomware’?

oleh AK-47
17/05/2017
dalam Gajet, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKTI teknikal terbaharu mula mengaitkan Korea Utara dengan serangan siber global WannaCry ‘ransomeware’ ditemui sepasukan penyelidik kawalan siber.

Menurut Symantec dan Kapersky Lab, kumpulan penyelidik menemui beberapa kod versi awal perisian WannaCry dalam program digunakan kumpulan Lazarus yang dikenal pasti sebagai sebuah operasi penggodam Korea Utara.

“Ini petunjuk terbaik yang kami telah lihat setakat ini sama seperti di dalam WannaCry asal,” kata penyelidik Kaspersky Lab, Kurt Baumgartner dipetik laporan oleh Reuters.

Namun katanya, masih terlalu awal untuk mengaitkan negara itu dengan serangan berkenaan.

Sejak Jumaat lalu, sebanyak 300,000 komputer di 150 negara telah terjejas akibat serangan siber berkenaan.

Sementara itu, menurut laporan portal mStar, dua buah syarikat di negara ini turut terjejas akibat serangan virus berkenaan.

Menurut syarikat perkhidmatan keselamatan IT LGMS, kes pertama di Malaysia membabitkan seorang pengarah syarikat di mana komputer bimbit pelanggannya diserang virus berkenaan.

Pengasas LGMS C.F. Fong berkata, data dalam komputer riba itu terpaksa dipadamkan kerana individu berkenaan tidak mahu membayar ‘tebusan’ AS$300 (RM1,300).

Ransomware sama muncul dalam komputer di sebuah kedai automotif pada pagi Ahad.

“Syarikat itu tidak mempunyai sebarang fail sokongan dan mungkin akan membayarnya,” kata Fong.

Ransomware katanya, bukanlah sesuatu yang baharu tetapi WannaCry telah menyebabkan kekecohan di seluruh dunia kerana ia merebak dengan pantas. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: globalransomwareserangan virus
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Abdul Hadi Selamat Jalani Pembedahan Injap Jantung

Next Post

Pendidikan & Peluang Pekerjaan Aspirasi Belia

Related Posts

Dunia Berdepan Kekurangan Bekalan Kondom

08/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Masalah kekurangan kondom global semakin meningkat susulan wabak COVID-19 menyebabkan kilang terpaksa ditutup sehingga menjejaskan bekalan, kata...

Lebih 60 Orang Dikhuatiri Tertimbus Di Tapak Lombong Emas Haram Di Sulawesi

27/02/2019
0

JAKARTA: Lebih 60 orang dipercayai tertimbus di tapak perlombongan emas tanpa izin di Kabupaten Bolaang Mongondow, Sulawesi Utara, Indonesia, malam...

Next Post

Pendidikan & Peluang Pekerjaan Aspirasi Belia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd