• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Demam Denggi Meningkat 67.1% Di Kedah

oleh AK-47
10/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Sebanyak 513 kes demam denggi dicatatkan di seluruh negeri ini bagi tempoh Januari hingga 6 Mei lepas, yang meningkat 67.1 peratus atau 206 kes berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata dalam tempoh itu tahun ini, tiga kematian akibat denggi dilaporkan iaitu satu kes di Kulim dan dua lagi di Kuala Muda.

Beliau berkata bagi penyakit Chikungunya pula, sejumlah 128 kes di catatkan di Kedah bagi tempoh sama.

“Penyakit Chikungunya dilaporkan di tiga daerah iaitu Kuala Muda (58 kes), Baling (69 kes) dan Kulim (satu kes). Wabak Chikungunya telah berakhir di Baling dan Kulim serta tiada lokaliti wabak itu aktif di kedua-dua daerah itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Antara faktor penyumbang kepada peningkatan kes denggi dan Chikugunya termasuklah kepadatan penduduk yang tinggi di kawasan taman perumahan dan keadaan persekitaran yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

“Selain itu, pembuangan sampah atau sisa pepejal yang tidak terurus, perubahan cuaca serta pergerakan manusia ke tempat lain, turut menjadi faktor penyebab penularan kes berlaku dengan lebih cepat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Norhizan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lewat Bina Hospital Pendang Akibat Perubahan Pelan

23/02/2018
0

SUNGAI PETANI – Kelewatan pembinaan Hospital Pendang disebabkan perubahan pelan asal serta penilaian semula kos selepas ditukar statusnya dari tidak...

48 Pelajar Keracunan Selepas Nikmati Sarapan

22/02/2018
0

ALOR SETAR - Empat puluh lapan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom di Sungai Petani, mengalami keracunan makanan dipercayai selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd