• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelab Pemadam Mahasiswa Diperluas Pula Ke IPTS

oleh AK-47
25/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kelab Pemadam Mahasiswa yang kini ditubuhkan di 14 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan diperkembangkan ke Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam usaha mewujudkan lebih ramai sukarelawan di peringkat universiti.

Timbalan Menteri Dalam Negerim Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ini sebagai langkah untuk ‘melawan’ penjenayah terancang daripada menjalankan aktiviti dadah mereka di dalam universiti.

“Adalah diharapkan sukarelawan yang dibentuk dalam kalangan mahasiswa akan meneruskan kesukarelawanan mereka setelah meninggalkan universiti. Jadi, ini akan membentuk pelapis baharu iaitu sukarelawan yang boleh membantu anggota Pemadam sedia ada.

“Ini juga merupakan satu proses peremajaan semula dalam keanggotaan Pemadam. Kita berharap sukarelawan ini dapat memilih beberapa sekolah menengah di sekitar universiti mereka untuk menjadi mentor kepada pelajar.

“Selain itu, dapat membentuk Kelab Pemadam di sekolah menengah dengan menjalankan tanggungjawab sukarela untuk membenteras kegiatan dadah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Badan Bukan Kerajaan (NGO) Bersama Komuniti: Bersatu Perangi Dadah anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Negeri Sembilan dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Seri Mat Ali Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Izhar Abu Talib, Pengarah AADK Negeri Sembilan Ismail Ahmad Khairi dan Pengerusi Pemadam Negeri Sembilan Datuk Abd Samad Ibrahim.

Nur Jazlan yang juga Yang Dipertua Pemadam Kebangsaan berkata apabila sukarelawan dibentuk di sekolah menengah, diharapkan kumpulan mentor ini kemudian akan turun ke sekolah rendah pula untuk memberikan kesedaran.

“Tujuan mewujudkan sukarelawan ini agar mereka juga boleh membantu pengerusi Pemadam di peringkat daerah untuk menjalankan aktiviti. Kita hendak seberapa banyak sukarelawan yang ada. Yang penting ialah dengan penambahan sukarelawan mendaftar sebagai anggota PEMADAM, bermakna ramai yang menolak dadah,” katanya.

Katanya Pemadam dan AADK memberi tumpuan kepada pelajar universiti dan sekolah menengah kerana penjenayah terancang menyasarkan untuk menjual dadah kepada mereka.

Malah, katanya sudah terdapat tanda-tanda penjenayah terancang ini cuba menarik pelajar sekolah rendah juga untuk membeli dadah dalam bentuk gula-gula.

“Jadi kita kena benteras dadah ini di peringkat akar umbi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Nur Jazlan MohamedKelab Pemadam Mahasiswa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Zero To Hero’ Pembimbing Rakan Sebaya Hindar Dadah

27/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Program ‘Zero to Hero’ yang dilaksanakan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) akan melahirkan kader baharu di kalangan...

Permohonan Taraf Warganegara Proses Rumit

20/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Permohonan taraf kewarganegaraan terutama penduduk di Sabah dan Sarawak perlu diteliti dengan terperinci dan berdasarkan kes demi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd