• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekalahan Nasrudin Bukti Ahli PAS Sokong DAP

oleh
03/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kegagalan bekas Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi memenangi jawatan Naib Presiden parti itu membuktikan majoriti ahli PAS sebenarnya menyokong Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat yang membuat dakwaan itu berkata, para perwakilan PAS telah memberi isyarat yang jelas bahawa mereka mahu PAS kembali bersama Pakatan Harapan.

“Kekalahan Nasruddin sebagai Naib Presiden PAS dengan undi yang kecil bermaksud perwakilan memberi isyarat agar PAS kekal dalam pakatan pembangkang.

“Tetapi mereka tidak berupaya melawan arus pimpinan atasan yang mahukan PAS putuskan hubungan dengan pakatan pembangkang. Ini bermakna ramai perwakilan PAS Pro-Pakatan Harapan.

“Terdapat perwakilan yang sedang memendam rasa dan tidak mustahil mereka akan memberi sokongan kepada Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Pakatan Harapan merupakan sebuah gabungan parti pembangkang yang diketuai parti sekular DAP dan anggotanya adalah PAN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pakatan Harapan kini bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diwujudkan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk melunaskan dendam peribadinya ke atas UMNO.

Pemilihan PAS dalam muktamar parti itu hari ini menyaksikan Nasrudin gagal memenangi jawatan Naib Presiden.

Bagaimanapun, pemimpin PAS lain yang dibenci Pakatan Harapan memenangi setiap jawatan yang ditandingi mereka.

Mereka termasuk bekas Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang pernah dikutuk sebagai ahli politik bertaraf ‘tok lebai’ oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Nik Mohamad Abduh malah memperoleh undian tertinggi untuk memegang jawatan penting Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPNasrudin HassanPASSuhaizan Kayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd