• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Perlu 1,800 Pain Darah Sebelum Ramadan

oleh Ahmad Albab
23/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Negeri Kedah memerlukan sekurang-kurangnya 1,800 pain darah bagi mengisi simpanan tabung darah sebelum ketibaan bulan Ramadan akhir minggu ini, kata Pengarahnya, Datuk Dr Norhizan Ismail.

Beliau berkata bekalan darah sebanyak 1,500 pain untuk keperluan semasa masih mencukupi dan permintaan akan memuncak menjelang pertengahan hingga akhir Ramadan ekoran peningkatan kes kemalangan jalan raya apabila orang ramai mula balik ke kampung untuk menyambut Syawal.

“Ini merupakan satu cabaran kepada unit transfusi darah di seluruh negara kerana berdasarkan pengalaman lalu, stok simpanan darah boleh mencapai tahap kritikal kerana peningkatan permintaan darah dari pesakit selain pengurangan aktiviti pendermaan darah dari orang ramai yang berpuasa,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Justeru, katanya, pihaknya ketika ini sedang mempergiatkan usaha mengumpul stok bekalan darah oleh unit derma darah bergerak dari Jabatan Transfusi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini yang akan menjalankan kempen pendermaan darah di premis-premis yang telah dijadualkan.

“Di samping itu, bagi memudahkan orang ramai menderma darah, unit derma darah bergerak turut dibuka di masjid-masjid dan pusat-pusat membeli belah khususnya pada waktu malam,” katanya.

Malah beberapa Pusat Darah Wilayah Utara (PDWU) yang merangkumi hospital-hospital negeri Kedah dan Perlis kini sedang mempergiatkan kempen derma darah di seluruh negeri, katanya.

“Misalnya, Karnival Penyayang Yayasan Sultanah Bahiyah pada 19 dan 20 Mei lalu, PDWU dapat meningkatkan stok bekalan darah dengan berjaya mengumpul 180 pain darah yang didermakan orang ramai daripada pelbagai lapisan umur dan kaum,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Norhizan berkata, unit tabung darah di HSB, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan Hospital Tunku Fauziah, Kangar akan dibuka pada waktu malam pada hari-hari tertentu sepanjang Ramadan ini.

Katanya, pada bulan Ramadan, penderma darah beragama Islam dialu-alukan untuk menderma darah sebelum pukul 12 tengah hari dengan syarat sudah bersahur atau selepas berbuka puasa.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat kempen derma darah melalui laman Facebook ‘Derma Darah Kedah/Perlis’ atau menghubungi terus talian 04-7746051 (Unit PRO PDWU), HSAH (04-4457371) atau Hospital Kulim (04-4272733 samb 3123). – BERNAMA

Tags: derma darahKedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

05/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang semalam bagi tujuan pertuduhan selepas agensi itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd