• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Akan Panggil Ketua Pengarang The Star Esok

oleh Ahmad Albab
29/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memanggil Ketua Pengarang akhbar berbahasa Inggeris The Star susulan kandungan muka depan akhbar itu yang tidak sensitif kepada umat Islam di negara ini.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alwi Ibrahim, berkata pihaknya kecewa dengan akhbar tersebut yang secara sambil lewa memaparkan gambar umat Islam menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramadan, namun tajuk muka depannya tertulis ‘Malaysia Terrorist Leader’.

“Esok kita akan panggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan untuk mendengarkan penjelasan mereka berhubung penyiaran gambar dan tajuk di muka depannya hari ini.

“Jika KDN tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan tindakan selanjutnya akan diambil termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab,” katanya kepada pemberita pada Program Penerapan Nilai-Nai Murni yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid di Masjid Tok Jembal di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Alwi berkata tindakan akhbar itu sangat mengecewakan memandangkan KDN telah memanggil pengurusan akhbar terbabit pada 23 Mei lepas untuk memberikan garis panduan mengenai penerbitan yang sepatutnya dikeluarkan. – BERNAMA

Tags: the star
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tuanku Muhriz Berkenan Berangkat Ke Majlis Berbuka

Next Post

Kawalan Keselamatan Semua Pintu Masuk Dipertingkat

Related Posts

Penolong Pengurus The Star Dihukum Penjara, Denda Kerana Rasuah

17/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Seorang penolong pengurus jabatan pengarang akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star, dihukum 30 tahun penjara dan denda...

The Star Rosakkan Imej Negara, Hina Islam – Perkasa

29/05/2017
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyatakan imej Malaysia di mata dunia sudah terjejas berikutan laporan muka hadapan...

Next Post

Kawalan Keselamatan Semua Pintu Masuk Dipertingkat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd