• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Perlis Tahan 2 Lelaki Seludup Dadah 28Kg

oleh
04/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis menggagalkan cubaan menyeludup masuk 28 kilogram methamphetamine bernilai RM1.9 juta melalui Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ), Padang Besar di sini semalam.

Pengarahnya, Datuk Kamarudin Jaafar berkata dua lelaki yang merupakan warga tempatan dan seorang lagi rakyat Thailand itu ditahan kira-kira pukul 2 petang semalam dan direman seminggu bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah di sini, hari ini.

Kamarudin berkata ketika ditahan, kedua-dua suspek yang masing-masing berumur 55 tahun itu menaiki sebuah kereta Mercedes-Benz bernombor pendaftaran tempatan.

“Penguat kuasa Kastam mendapati kenderaan ini amat mencurigakan apabila berulang alik keluar dan masuk melalui pintu sempadan di sini beberapa kali dalam sehari.

“Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut menemukan 28 bungkusan berisi dadah mampat yang dibungkus di dalam peket teh berjenama Guanyinwang,” katanya di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: KastamSeludup Dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

01/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang peguam ditahan selepas disyaki bersubahat dengan banduan untuk menyeludup masuk dadah ke Penjara Marang, dekat sini. Ketua...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd