• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Gagalkan Cubaan Seludup 330 Kura-Kura

oleh Ahmad Albab
15/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mematahkan cubaan menyeludup 330 kura-kura bernilai kira-kira RM1.2 juta pada Ahad (14 Mei).

Timbalan Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) JKDM KLIA Abdull Wahid Sulong berkata kura-kura itu ditempatkan dalam lima kotak yang dibawa melalui penerbangan Etihad Airways dari Antananarivo Airport, Madagascar ke KLIA.

Beliau berkata pemeriksaan terhadap kotak tersebut di gudang kargo udara, zon perdagangan bebas KLIA kira-kira 3 petang semalam menemui lima kura-kura jenis ‘Ploughshare’ dan 325 kura-kura jenis ‘Indian Star’.

Abdull Wahid berkata siasatan awal menunjukkan kura-kura yang dirampas itu dicatatkan sebagai batu dalam waybil udara.

“Siasatan masih diteruskan untuk mengesan pengimport atau pemilik kura-kura yang dialamatkan ke Salak Tinggi, Sepang, Selangor yang kemudiannya didapati palsu,” katanya, sambil menambah sehingga kini belum ada tangkapan dilakukan berkaitan kes itu.

Abdull Wahid berkata kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport barang larangan, yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum denda minima 10 kali nilai atau maksima 20 kali ganda dari nilai barangan yang disita atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, kura-kura dilarang pengimportannya di bawah Jadual Ketiga Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) kecuali dengan permit.

Pada masa sama ia juga disenaraikan sebagai barang yang dilarang import di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017, Butiran 1, Jadual Ketiga, Bahagian III kecuali dengan permit import Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), katanya.

Menurutnya, harga pasaran gelap kura-kura jenis ‘Ploughshare’ ialah US$4,000 (US$ 1 = RM4.33) seekor sementara harga bagi ‘Indian Star’ ialah US$1,000.

“Kura-kura berkenaan disyaki untuk dijadikan haiwan peliharaan namun tidak dapat dipastikan sama ada ia dihantar ke Malaysia bagi tujuan transit atau untuk pasaran tempatan,” katanya.

Kesemua kura-kura yang dirampas itu akan diserahkan kepada Perhilitan. – BERNAMA

Tags: kura-kuraseludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd