• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jururawat Lelaki Amat Perlu, Bukan ‘Mat Jambu’

oleh Ahmad Albab
12/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Meskipun pernah digelar ‘Mat Jambu’ dan diperli rakan-rakan hanya kerana mahu berkhidmat sebagai jururawat, namun ia nyata gagal mematahkan semangat Mohd. Aswardi Mat Zin.

Mohd Aswardi, 32, berkata, akhirnya kerjaya itu sebati dengan jiwanya dan kini dia bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini sejak empat tahun lalu sebagai jururawat bius di dewan bedah am

 

“Saya berpeluang membantu doktor menjalankan pembedahan untuk pelbagai jenis penyakit antaranya merawat kerosakan organ dalaman dan pembedahan otak.

“Paling ngeri dan mencabar ialah ketika bantu doktor menjalankan pembedahan otak terutama jika membabitkan mangsa kemalangan namun alah bisa tegal biasa, saya kini sudah biasa berdepan semua situasi cemas itu,” katanya.

Beliau yang ditemui pemberita sempena Hari Jururawat Sedunia yang disambut hari ini berkata kenangan paling manis ketika bertugas ialah apabila dapat menyelamatkan nyawa pesakit yang sedang kritikal selepas menjalani pembedahan usus tahun lalu.

“Pembedahan berjalan lancar, namun secara tiba-tiba pesakit kritikal dan saya bersama lima lagi jururawat bergilir-gilir melakukan CPR (bantuan pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada) yang akhirnya berjaya menyelamatkan pesakit itu,” kata bapa kepada dua anak itu.

Mohd. Aswardi, pelajar lepasan Diploma Kejururawatan dari Kolej Islam dan Sains Teknologi (KIST) itu sangat bertuah kerana isterinya Norashikin Che Musa, 28, juga adalah seorang jururawat yang bertugas di dewan bersalin HSNZ.

“Kami saling memahami kerjaya masing-masing dan ini memudahkan kami untuk mengatur tugasan terutama jika perlu bekerja syif malam.

“Sokongan kedua-dua belah keluarga juga faktor penting yang menyokong kerjaya kami selama ini,” katanya yang berharap mampu menjalankan tugas dengan lebih cemerlang di masa akan datang.

Seorang lagi jururawat, Mohd. Hazarul Imam Hamzah, 29, berkata beliau amat meminati bidang perubatan dan ketika kecil memang bercita-cita mahu menjadi seorang doktor.

“Namun, untuk menjadi doktor bukanlah mudah, memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi bagi meraih keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan.

“Walaupun agak kecewa, namun saya tetap memilih untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Jururawat Alor Setar, Kedah agar dapat berkhidmat dalam bidang kejururawatan kerana ia masih dalam ruang lingkup kerjaya yang saya minati,” katanya.

Selepas menamatkan pelajaran di Kolej Jururawat Alor Setar, beliau dihantar bertugas ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah dan bertugas di negeri itu selama tiga tahun sebelum ditukarkan ke HSNZ.

“Alhamdulillah, walaupun berjauhan dengan mak ayah, saya masih mampu bertugas dengan senyuman walaupun tidak dapat menyambut detik istimewa pada Ramadan dan Aidilfitri bersama-sama mereka.

“Tiada istilah sunyi atau bosan apabila bertugas kerana ramai pesakit yang memerlukan perhatian saya. Mereka perlu sentiasa dibantu terutama untuk pesakit terlantar yang memerlukan bantuan jururawat sepenuhnya untuk bergerak ke mana-mana.

“Sebelum ini, ketika berada di perantauan, Laut China Selatan yang memisahkan saya dan keluarga di Manir tidak menjadikan saya lemah semangat sebaliknya sokongan moral keluarga menguatkan lagi azam saya untuk berkhidmat tanpa mengira latar belakang, usia dan warna kulit pesakit,” katanya tersenyum.

Ketika ini, beliau berkhidmat sebagai jururawat di wad ortopedik lelaki HSNZ dan mengakui sangat cintakan kerjaya itu yang dianggap sebagai ibadah untuk bekalan di alam yang kekal abadi nanti.

Ditanya persepsi masyarakat umum terhadap jururawat lelaki, Mohd. Hazarul Imam berkata lebih ramai yang menghargai peranan mereka ketika ini malah ramai pesakit lelaki yang mahukan jururawat lelaki membantu mereka di wad.

“Selain masalah aurat, pesakit lelaki lebih selesa dengan jururawat lelaki malah tugasan ini agak mencabar untuk jururawat wanita kerana menguruskan pesakit lelaki memerlukan tenaga dan kudrat yang banyak kerana fizikal yang berbeza berbanding pesakit wanita.

“Saya berharap lebih ramai yang akan menceburi bidang kejururawatan ini dan tiada istilah malu untuk bergelar jururawat kerana masih ramai pesakit yang memerlukan khidmat jururawat lelaki,” katanya. – BERNAMA

Tags: jururawatlelaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi...

171 Lelaki Disyaki Terbabit Aktiviti Songsang Dibebaskan

171 Lelaki Disyaki Terbabit Aktiviti Songsang Dibebaskan

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 171 lelaki warga tempatan yang ditahan dalam serbuan pusat spa dan kesihatan di Chow Kit kelmarin dibebaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd