• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juara GGV: “Ini Mungkin Rezeki Anak Saya” – Bazli

oleh AK-47
22/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAMAI yang sudah sedia maklum mengenai keadaan kesihatan anak salah seorang ahli anggota kumpulan UNIC, Bazli iaitu Muhammad Syahid, 4, yang menghidap penyakit kanser limfoma dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di ibu negara.

Menurut Bazli dia menyifatkan kemenangan UNIC selaku juara sulung program Gema Gegar Vaganza (GGV) sebagai rezeki untuk anaknya.

“Perjuangan anak saya dalam melawan sakit kanser menjadi inspirasi. Saya sendiri berazam untuk cemerlang dalam kerjaya saya sebagai penyanyi nasyid dan pada masa yang sama, menjadi seorang bapa terbaik untuk anak.

“Ketika diuji dengan musibah, kita tidak seharusnya rasa kecewa. Tuhan sayangkan kita dan Tuhan memberikan kita ujian. Hidup mesti diteruskan, jangan down.

“Alhamdulillah, saya bersama Fakhrul dan Najdi berjaya menyandang gelaran juara GGV. Ini mungkin rezeki anak saya.

“Perkara pertama yang saya bakal lakukan selepas balik ini ialah untuk terus ke hospital dan mencium anak saya,” ujarnya memetik Astro Gempak.

SYAHID.. AYAH MENANG!! Ayah bawa pulang kegembiraan berkongsi kejayaan. Ayah menang naakk. Syahid lah sebenar pemenang2. Sepanjang 7minggu ggv suka duka memberikan yg terbaik utk penonton dan peminat, mengekalkan prestasi persembahan dinamik, memerah idea mencari kelainan identiti unic bukanlah mudah. Dalam keadaan membahagi masa antara kerja dan hal keluarga tambahan anak sakit d hospital mmg sgt menguji saya. Menguji emosi terutama sekali. Bila kita letih kita akan moody akan serba xkena. Tp sy cuba lawan dgn tenang kawal semuanya. Letih yg teramat sebab saya berulang alik dari dewan latihan then ke hospital semula kemudian show pula then ke hospital lagi begitu lah seadanya. Lewat malam letih xrehat, saya terus ke hospital semula lihat perkembangan syahid. Secara peribadi inilah kemenangan saya mengurus emosi. Satu hari bila syahid sihat.. Ayah akan cerita kisah ni pd kau naaak. #ggv #gemagegarvaganza #syahid #bintangsyurga #juara #ggvunic

A post shared by bazlihazwan (@bazliunic) on May 22, 2017 at 3:23am PDT

Dua ahli UNIC yang lain turut mengucapkan terima kasih kepada Bazli yang memberikan komitmen terbaik sepanjang GGV berlangsung biarpun dia berhadapan dengan ujian.

“Terima kasih kepada Bazli. Cuba bayangkan, jika anak demam, kita rasa susah hati, apatah lagi jika anak menghidapi kanser.

“Walaupun saya dan Najdi boleh menguruskan perkara berkenaan dengan GGV, Bazli tetap memberikan komitmen sepenuhnya kepada UNIC sepanjang tujuh minggu,” kata Fakhrul.

Juara GGV: Ini Mungkin Rezeki Anak Saya - Bazli
UNIC dari kiri, Fakhrul, Bazli dan Najdi.

Dengan kemenangna tersebut, UNIC berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi.

Tahniah UNIC dan semoga Syahid terus kuat melawan penyakitnya.. – MYNEWSHUB.C

Tags: ggvUNIC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Neelofa Antara 10 Duta Baharu TN50

Next Post

Sporting! Siti Tunai Janji Nyanyi ‘Hang Pi Mana’

Related Posts

Hubungan Masih Baik, Jangan Lagakan Fitri-UNIC

13/05/2018
0

HANYA disebabkan dirinya dahulu merupakan antara ahli kumpulan nasyid UNIC, Fitri Haris tak putus dikritik oleh netizen yang terlebih prihatin...

Sengketa UNIC, Caprice Kini Temui Titik Noktah

25/03/2018
0

AKHIRNYA… Persengketaan antara kumpulan nasyid, UNIC dengan penyanyi rap popular, Caprice sudah pun berakhir. Memetik laporan BH Online, kumpulan nasyid...

Next Post

Sporting! Siti Tunai Janji Nyanyi 'Hang Pi Mana'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd