• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jualan Kraftangan Hingga April 2017 Meningkat 28%

oleh Ahmad Albab
22/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jualan kraftangan negara sehingga April tahun ini meningkat 28 peratus kepada RM155 juta berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata peningkatan berkenaan adalah hasil pelaksanaan program Kraf Kampungku di beberapa negeri oleh Kraftangan Malaysia bagi membantu menjana ekonomi tempatan.

“Penglibatan dalam pameran-pameran antarabangsa berjaya menarik perhatian syarikat bertaraf global untuk menggunakan produk kraf Malaysia,” katanya pada perhimpunan bulanan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalannya Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Dalam ucapannya, Mohamed Nazri turut melahirkan penghargaan terhadap komitmen warga kerja kementerian itu sehingga membolehkan beberapa pencapaian dilihat walaupun 2017 belum pun mencecah separuh tahun.

Beliau juga berkata walaupun Istana Budaya ditutup mulai bulan ini hingga Disember bagi tujuan pengubahsuaian, panggung itu berjaya mementaskan 11 persembahan dan konsert serta menarik 40,000 pengunjung tempatan dan antarababangsa dalam empat bulan lepas. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul AzizKraftangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemudahan Di Bawah MOTAC Ditutup Sehingga 30 April

16/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Semua kemudahan awam di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) ditutup berkuatkuasa serta merta sehingga 30 April...

Jangan Salahkan SPRM Dengan Penahanan Pemimpin UMNO

22/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak wajar dipersalahkan dalam siri siasatan dan penahanan pemimpin UMNO sejak kebelakangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd