• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Sertai Perhimpunan Di Kuil Hindu Ahad Ini

oleh AK-47
18/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan haram yang akan diadakan di sebuah kuil Hindu di Butterworth, Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Azmi Adam berkata perhimpunan tanpa permit itu melanggar undang-undang dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan kerana ia bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Penganjur iaitu seorang anggota jawatankuasa kuil itu telah menghantar notis pada 12 Mei lepas memaklumkan mahu mengadakan perhimpunan atau protes besar-besaran di situ (kuil) bagi menentang seorang mufti dan pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik.

“Polis menolak permohonan itu kerana ia melanggar Akta Perhimpunan Aman iaitu mengadakan perhimpunan di tempat ibadat dan terdapat bantahan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bimbang, jika ia diteruskan akan menimbulkan kekacauan dan ketegangan kaum,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada Isnin, tiga NGO Pulau Pinang meminta polis mengambil tindakan terhadap Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang didakwa cuba menghasut masyarakat India di negeri ini, supaya menyertai protes besar-besaran di sebuah kuil Hindu di Butterworth Ahad ini.

Azmi berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan orang ramai yang hadir pada perhimpunan itu namun tidak melarang jika mereka mahu bersembahyang di kuil berkenaan.

“Tiga kain rentang digantung di daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan sejak Jumaat lepas bagi memaklumkan perhimpunan itu, juga telah diturunkan,” katanya.

Beliau berkata setakat ini polis menerima dua laporan polis daripada NGO yang membantah penganjuran perhimpunan itu. – BERNAMA

Tags: ACP Azmi Adam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cerita Sebenar Dihalau Dari Taman Suria KLCC

Next Post

Tindak Balas Terhadap Negara Boikot Minyak Sawit

Related Posts

No Content Available
Next Post

Tindak Balas Terhadap Negara Boikot Minyak Sawit

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd