• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu BNM Forex: Nor Mohamed Yakcop Beri Keterangan

oleh AK-47
28/05/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hari ini memberi keterangan kepada Pasukan Petugas Khas Siasatan Kerugian Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia (BNM) tahun 1990-an di sini.

Nor Mohamed, yang kini Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd., tiba di perkarangan Kementerian Kewangan pada 3.25 petang tadi dan beredar dari premis itu pada 4.10 petang.

Semasa berkhidmat di BNM dari 1968 hingga 2000, beliau menyandang pelbagai jawatan termasuk Penasihat BNM pada 1989 hingga April 1994 dan Penasihat Khas BNM untuk menasihati gabenor berhubung dengan dasar-dasar kewangan dari September 1998 hingga April 2000.

Pada 15 Mei 2000, Nor Mohamed dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Khas kepada bekas Perdana Menteri Tun (ketika itu Datuk Seri) Dr. Mahathir Mohamad dan diberikan tugas menyelamatkan perbadanan-perbadanan yang strategik atau untuk kepentingan negara.

Ketika cuba mendapatkan komennya mengenai pertemuan dengan pasukan petugas khas itu, Nor Mohamed hanya tersenyum kepada sekumpulan wakil media yang menanti di perkarangan Kementerian Kewangan sebelum memasuki kenderaan beliau.

Pasukan petugas khas itu, yang dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, bertanggungjawab menyiasat kerugian sebanyak AS$10 bilion (RM44 bilion) yang dialami BNM melalui kegiatan perdagangan mata wang sepanjang 1991 hingga 1993.

Sementara itu, Mohd Sidek berkata kesemua individu yang berkaitan dengan kerugian urus niaga tersebut telah dipanggil.

“Kami telah memanggil mereka yang sepatutnya dipanggil (memberi keterangan),” katanya apabila ditanya sama jika ada individu yang belum dipanggil untuk siasatan kes itu.

Apabila ditanya adakah kesemua individu itu telah dipanggil, beliau hanya menjawab “ya” sambil mengangguk sebelum memasuki kenderaan beliau.

Antara individu yang tampil memberi maklumat berkaitan isu kerugian BNM ialah bekas Menteri Kewangan dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

Pada Januari lepas, bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid mendedahkan bahawa BNM mengalami kerugian lebih AS$10 bilion akibat dagangan mata wang asing.

Pada 15 Februari lepas, Kabinet bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas bagi menjalankan siasatan kerugian BNM itu.

Sebelum itu, Mohd Sidek dilaporkan berkata bahawa pasukan petugas khas itu akan membentangkan laporan akhir mengandungi syor-syor untuk tindakan selanjutnya kepada kerajaan pada Jun ini. -BERNAMA

Tags: BNMforexTan Sri Nor Mohamed Yakcop
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pos Malaysia Labur RM10 Juta Sediakan Kemudahan Ezibox

Next Post

KPDNKK Selangor Rampas Beg Jenama Tiruan RM40K

Related Posts

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus

BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus

05/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada...

Next Post

KPDNKK Selangor Rampas Beg Jenama Tiruan RM40K

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd