• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri tergamak Tipu Suami, Ikut Teman Lelaki Nepal

oleh AK-47
31/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG jurukimpal hampir terpedaya dengan helah isterinya mendakwa dirinya diculik tetapi sebenarnya melarikan diri bersama teman lelaki, pada 18 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat, berkata pengadu yang berusia 39 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki warga Nepal yang mendakwa sudah menculik isterinya.

“Suspek kemudian meminta wang tebusan RM15,000 jika mangsa mahu isterinya selamat. Pengadu juga mendengar isterinya menjerit sebelum talian telefon dimatikan.

“Selepas gagal menghubungi nombor berkenaan, suami wanita itu membuat laporan kerana bimbang akan keselamatan isterinya,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Beliau berkata, hasil risikan Cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, isteri mangsa dikesan berada Kampung Kangkar Tebrau, Johor Bharu, Johor, kira-kira jam 9.30 malam, semalam.

“Hasil soal siasat terhadap isteri pengadu mendapati wanita berusia 29 tahun itu mengikuti teman lelakinya secara rela dan tidak cedera.

“Wanita berkenaan melarikan diri kerana takut dipukul suaminya berikutan terdapat gambarnya tidur bersama teman lelaki yang diambil oleh seseorang,” katanya.

Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati, wanita itu mengenali teman lelakinya sejak lapan bulan lalu dan turut mengakui berlakon dirinya diculik untuk meminta wang tebusan.

“Wanita itu dibawa ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Klang Utara manakala teman lelakinya ditahan kerana tidak mempunyai dokumen sah dan masih direman di Lokap Berpusat Ayer Molek Johor Bharu,” katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 177 Kanun Keseksaan iaitu memberi maklumat palsu kepada penjawat awam. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: culikisterikes tipuNEPAL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

14/01/2026
0

SRI AMAN – Bapa kepada mangsa wanita yang ditemukan meninggal dunia bersama suaminya dalam kejadian tragis di sebuah kediaman di Taman Mutiara,...

Mengapa Malaysia Tidak Jadi Seperti Indonesia Dan Nepal?

Mengapa Malaysia Tidak Jadi Seperti Indonesia Dan Nepal?

16/09/2025
0

Pertama sekali, tidak ada keperluan untuk Malaysia menjadi seperti kedua negara berkenaan. Di Malaysia, secara umum semua rakyat ada kerja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd