• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Jamin Tiada Jerebu Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
19/05/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Indonesia hari ini memberi jaminan kepada jirannya di rantau ASEAN bahawa masalah jerebu rentas sempadan tidak akan berlaku tahun ini.

Penasihat Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Arief Yuwono berkata, ramalan itu berdasarkan rekod tahun lepas berikutan kejayaan langkah ketat yang diambil negara berkenaan bagi mengekang kebakaran hutan dan mengawal pencemaran asap jerebu di republik itu.

“Pada 2017, kami membuat pemerhatian dan perbandingan dengan 2016.

“Berikutan El Nino yang lebih lemah serta sistem yang telah diaktifkan di lapangan, kami menjangka kami boleh mengulangi perkara itu (2016), yang menyaksikan hampir tiada langsung berulang kejadian jerebu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal dan Jawatankuasa Pemandu Sub-rantau Peringkat Menteri mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan di sini.

Mesyuarat peringkat tinggi dua hari itu dipengerusikan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Selain Wan Junaidi dan Arief, mesyuarat itu juga dihadiri rakan sejawatan mereka dari Brunei, Singapura dan Thailand.

Berikutan pencemaran teruk akibat jerebu pada 2015, tahun lepas, Indonesia mula mengambil langkah serius bagi menangani masalah tahunan itu dan mencapai hasil positif apabila Singapura melaporkan hanya mengalami jerebu selama sehari dan Malaysia, tiga hari.

Arief berkata sejak awal tahun ini, kerajaan Indonesia mengambil langkah untuk mencegah dan mengurangkan pencemaran asap jerebu, termasuk memperkemaskan pasukan bombanya serta mengaktifkan rondaan bersepadu di kawasan yang mudah mengalami kebakaran hutan.

Menurut beliau, kerajaan Indonesia juga meminta syarikat swasta melibatkan diri secara proaktif bagi mencegah kebakaran hutan dan jerebu.

“Kebakaran hutan menjadi tumpuan utama negara dan diselia sendiri oleh presiden kami (Joko Widodo). Pada awal 2017, presiden memberi arahan kepada kami berkaitan kebakaran hutan, dari peringkat penggubal dasar hinggalah ke peringkat lapangan.

“Di samping itu, kami juga memberi komitmen mendalam terhadap penguatkuasaan undang-undang di mana beberapa syarikat sedang disiasat (kerana menyebabkan jerebu),” katanya.

Terdahulu, pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu, Wan Junaidi berkata Arief memberi jaminan tentang isu berkenaan pada mesyuarat tersebut.

Katanya, Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand juga menegaskan tentang kesediaan mereka untuk menghulurkan bantuan sekiranya diminta berbuat demikian dan akan bekerjasama dengan Indonesia dalam aspek respons kecemasan sekiranya diperlukan.

Beliau berkata lima negara anggota ASEAN itu juga mengesahkan komitmen mereka untuk berusaha ke arah mewujudkan ASEAN Bebas Jerebu menjelang 2020. – BERNAMA

Tags: Jerebu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd