• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh IG Fasha Luah Dihalau Majlis Fesyen?

oleh
14/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALAHAI… Dunia hiburan tanah air kecoh digemparkan dengan persoalan siapakah yang didakwa menghalau Fasha Sandha sehingga pelakon cantik itu meluahkan perasaan di akaun Instagramnya.

Dalam satu kapsyen yang dimuat naik aktres tersebut, pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan itu mendakwa dia telah ‘dihalau’ daripada sebuah majlis pertunjukan fesyen anjuran sebuah syarikat tekstil terkemuka malam Rabu.

Dakwa dia lagi, seorang artis konon akan menarik diri daripada muncul dalam pertunjukan fesyen tersebut sekiranya Fasha, 33, hadir ke majlis berkenaan yang berlangsung di salah sebuah hotel ternama di ibu negara.

“Ya saya seorang ibu tunggal dan ada ‘kuasa luar biasa’. Tetapi sekuat mana pun, jatuh juga air mata tanpa henti semalam. Pihak pengurusan Jakel memberitahu saya bahawa satu jenama artis lain turut ada dalam majlis tersebut.

“Dia akan menarik diri jika saya hadir. Saya dengan rela hati sudah bersedia untuk balik untuk mengelakkan masalah dan menghormati majlis. Tetapi saya telah dipujuk oleh rakan-rakan untuk bersikap profesional.

“Selepas 15 minit, pihak pengurusan meminta maaf dan pihak pengurusan jenama artis tersebut sudah menukar fikiran serta membenarkan saya hadir ke majlis itu. Saya benar-benar celaru dan kusut,” katanya dalam kapsyen itu.

Malah dalam kapsyen tersebut juga, biarpun Fasha meluahkan perasaan kecewa namun dia tetap mendoakan agar artis tersebut sentiasa berasa bahagia dan mencapai kejayaan berterusan dalam bidang perniagaan diceburinya.

Masih terkenangkan apa yang berlaku semalam. Yes, i am a single mother, and i have SUPER POWER. Tapi sekuat manapun, jatuh juga air mata tanpa henti semalam. Setibanya saya di hotel semalam, saya terus ke bilik Nursajat untuk bersiap. Tiba2 Nursajat beritahu saya, encik Izani Dari Pihak pengurusan Jakel memberitahu saya bahawa satu jenama artis lain yang turut ada dalam majlis fenomena raya tersebut akan TARIK DIRI jika saya hadir ke majlis tersebut. Saya terkejut, kenapa tiba2 ada drama pula. Saya, dengan rela hati, sudah bersedia untuk balik, kerana saya tidak mahu masalah dan saya ingin menghormati majlis tetapi saya dipujuk oleh Rita Datuk Sosilawati , nursajat dan Manager saya @iman_imran75 Supaya bersifat PROFESSIONAL. Lepas 15 minit, pihak jakel telefon Sajat kembali dan memohon maaf diatas salah faham. Kata dia, pihak pengurusan jenama artis tersebut yang tidak mahu kehadiran saya dan telah menukar fikiran untuk membenarkan saya datang. Saya benar2 celaru dan kusut dengan situasi yang terjadi semalam.Saya betul2 dalam dilema dan terkejut dengan apa yang jadi. Saya dalam keterpaksaan, saya menurut nasihat pihak pengurusan saya,supaya pergi. Saya dengan muka hiba, muka sembab baru lepas menangis, saya gagahkan diri saya untuk pergi. Saya kotakan janji, saya pergi hanya untuk sajat for the first show dan saya terus balik. Saya benar2 kecewa dengan apa yang terjadi semalam. Lain kali, kalau takmau saya ada, buat majlis solo, dah tentu majlis ni kepunyaan Jakel dan banyak jenama, Jadi akan ada jenama lain yang turut serta. Semalam awak cuba memalukan orang, cuba nak menghalau orang dari majlis. U think dengan nama dan kekayaan yang u ada, u boleh sesuka hati nak cuba menghalau orang dari majlis yang bukan kepunyaan u? Saya akan ingat peristiwa ini sampai saya mati dan saya mendoakan awak cepat sembuh dari segala penyakit awak. Saya juga mendoakan awak bahagia selalu dan jenama awak sukses. Bersihkan dalaman agar awak betul2 gembira dengan kehidupan awak,bukanlah hanya kepura puraan . Ingat ya, saya sedar diri saya, saya dah bersedia untuk balik, tapi kerana PROFESSIONALISM, saya gagahkan diri saya. All the best to you burung Hantu #moveonplease

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on May 10, 2017 at 10:17pm PDT

“Semalam awak cuba memalukan orang, cuba menghalau orang daripada majlis. Awak rasa dengan nama dan kekayaan yang ada, awak boleh sesuka hati menghalau orang daripada majlis yang bukan kepunyaan awak.

“Saya akan ingat peristiwa ini sampai mati dan mendoakan agar awak cepat sembuh daripada penyakit awak. Saya juga mendoakan supaya awak sentiasa bahagia selalu dan jenama awak akan terus sukses.

“Bersihkan dalaman agar awak betul-betul gembira. dengan kehidupan awak. Bukanlah hanya kepura-puraan. Ingat ya, saya sedar diri dan bersedia untuk balik. Tetapi kerana profesional, saya gagahkan diri,” luah Fasha lagi.

Berdasarkan latar belakang gambar Fasha itu, ia merupakan majlis persembahan fesyen sempena ‘Fenomena Aidilfitri 2017’ di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur, yang menampilkan 22 jenama selebriti atas satu platform.

Antara terlibat ialah Rijal.co X Zizan Razak, El by Elfira Loy, Dara by Fathia Latif, Aisy Asyraf by Iman Muda Asyraf, LisaAdam X Emma Maembong, Nora Danish, Rijal.co X Janna Nick. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Fasha Sandha
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cantik! Artis Peraga Koleksi Raya ‘Fenomena Aidilfitri’

Next Post

MQA Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah Anjuran SPRM

Related Posts

Fasha Sandha Cedera Di Set, Tulang Mata Patah

Fasha Sandha Cedera Di Set, Tulang Mata Patah

02/03/2023
0

PETALING JAYA : Pelakon, Fasha Sanda dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil semasa menjalani...

Terlalu Aktif, Fasha Sandha Keguguran

10/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Hanya sempat menikmati seketika debaran untuk kembali menimang cahaya mata, Fasha Sandha akur menerima kenyataan pahit apabila...

Next Post

MQA Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah Anjuran SPRM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd