• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Cemas, Anak Hampir Maut Tercekik Spinner

oleh Ahmad Albab
18/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita, Kelly Rose Joniec memberi amaran kepada ibu bapa supaya berhati-hati dengan pemainan spinner selepas anak perempuannya yang berusia 10 tahun hampir meninggal dunia akibat tercekik permainan berkenaan.

Ketika menceritakan mengenai kejadian yang mencemaskan itu, Kelly yang berasal dari Texas berkata anaknya, Britton terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan spinner terbabit.

Jelasnya, ketika kejadian, dia sedang memandu kereta selepas mengambil Britton dari kelas renang.

Tiba-tiba Kelly mendengar suara tersekat-sekat dari belakang dan mengejutkan apabila muka anaknya bertukar menjadi merah manakala air liur meleleh dari mulutnya,

“Saya panik dan memberhentikan kereta. Britton menunjukkan jari ke lehernya dan menyatakan dia tertelan sesuatu,” katanya.

Kelly yang ketakutan telah berkejar ke hospital dan hanya selepas imbasan xray dilakukan barulah kelihatan spinner itu tersekat pada saluran udara.

Ibu Cemas, Anak Hampir Maut Tercekik Spinner

“Doktor di situ terkejut kerana dia baru belajar menggunakan spinner ketika bersama anaknya di sebuah pusat beli-belah pada pagi itu dan tiba-tiba berdepan dengan kes seperti itu.

“Selepas beberapa cubaan untuk mengeluarkan objek itu gagal, Britton terpaksa dibawa ke bilik bedah bagi mengeluarkan spinner terbabit,” katanya.

Kelly kemudiannya menulis mengenai pengalaman mencemaskan tersebut di dalam Facebooknya dan ia telah dikongsi lebih 450,000 kali. – MYNEWSHUB.CC

Tags: spinner
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kurang Kesedaran Sebab 120,000 Tak Daftar Pengundi

Next Post

Anak Orang Kaya Guna Anjing Kilatkan Kereta Mewah

Related Posts

Spinner Kayu VS Fidget Spinner

03/06/2017
0

MELAKA - Pembuat gasing generasi keempat, Remy Azizi Abdul Karim berjaya menghasilkan 'spinner kayu' mengunakan material kayu yang sama untuk...

Next Post

Anak Orang Kaya Guna Anjing Kilatkan Kereta Mewah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd