• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa Perlu Peka Kanak-Kanak Hadapi Autisme

oleh Ahmad Albab
01/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Anggota masyarakat terutama ibu bapa dan anggota keluarga perlu memberi rawatan pemuihan awal kepada anak-anak yang menghadapi masalah autisme, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata rata-rata anggota masyarakat masih kurang memahami sindrom autisme kerana kanak-kanak yang menghadapinya kelihatan normal seperti kanak-kanak biasa dan ia hanya dapat disahkan oleh pakar perubatan.

“Berdasarkan rekod pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat, sehingga kini seramai 15,484 orang dikenali menghadapi masalah austime di seluruh negara.

“Dari jumlah tersebut 2,080 orang yang didaftar adalah berumur bawah enam tahun, 7,167 orang berumur tujuh hingga 12 tahun, 2,248 orang berumur 13 hingga 18 tahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 8th Walk For Autism at Melaka di Kota A’Famosa, Bandar Hilir hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk seri Idris Haron.

Rohani menasihati anggota masyarakat yang mempunyai anak, saudara mara atau kawan-kawan yang menghadapi masalah autisme agar segera mendaftar anggota keluarga mereka itu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Saya fahami masalah yang dihadapi oleh ibu bapa kerana bukan mudah untuk mengesan samada anak mereka menghadapi masalah autisme dan rata-rata hanya menyedarinya ketika anak mereka telah bersekolah.

“Kebanyakan guru sekolah dilatih untuk mengesan kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran dan kita harap dengan adanya program seperti ini orang ramai akan dapat maklumat bagaimana untuk mengenali anak mereka yang mempunyai masalah autisme,” katanya.

Beliau berkata pihak kementerian peka dengan masalah tersebut dan mencadangkan kepada Permata untuk menubuhnya Pusat Permata Kurnia untuk kanak-kanak autisme di setiap zon.

“Kos bagi membina pusat pemulihan kanak-kanak austisme melibatkan kos dan kepakaran yang tinggi, diharap dengan usaha bersama Permata ini dapat membantu seramai mungkin kanak-kanak yang bermasalah,” katanya.

Rohani berkata selain daripada mendapat rawatan pemulihan di Permata Kurnia, ibu bapa juga boleh menghatar anak mereka di 537 buah Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di seluruh negara bagi mendapat kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Sementara itu, Idris berkata kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha yang dilakukan khususnya oleh badan bukan kerajaan (NGO) dalam membina kesedaran orang ramai mengenai masalah autisme.

“Sebagai langkah awal kerajaan negeri akan menyediakan sebuah rumah milik kerajaan untuk dijadikan sebagai pejabat badan NGO memperhebatkan usaha tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah JSKK Sarawak Mahu Pantas Selesai Kes

19/04/2018
0

KUCHING - Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak (JSKK) Sarawak menetapkan sasaran untuk menyelesaikan kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam tempoh enam...

Lelaki Mangsa Keganasan Rumah Tangga Perlu Tampil

01/04/2018
0

ISKANDAR PUTERI – Kaum lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga diminta tampil membuat laporan polis bagi mendapatkan pembelaan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd