• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hina Islam: Ahok Dihukum Penjara 2 Tahun

oleh
09/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama, hari ini didapati bersalah kerana menghina agama Islam dan dijatuhi hukuman penjara dua tahun, lapor media tempatan di sini.

“Tertuduh didapati melakukan tindakan jenayah menghina Islam dan kami menjatuhkan hukuman penjara dua tahun,” kata ketua hakim mahkamah negeri Jakarta, Dwiarso Budi Santiarto, ketika mengumumkan keputusan.

Perbicaraan kes berprofil tinggi tersebut turut dilihat sebagai ujian terbesar kepada amalan tolak ansur agama di negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai  di dunia itu, menurut penganalisis politik antarabangsa.

Basuki yang lebih mesra disapa sebagai Ahok bulan lalu kalah kepada pesaingnya, Anies Baswedan, dalam cubaan untuk mengekalkan jawatan disandangnya sejak 2014, buat penggal kedua sebagai gabenor ibu kota Indonesia itu.

Merupakan etnik Cina beragama Kristian, Ahok cipta rekod bukan Islam pertama memegang jawatan itu dalam tempoh 50 tahun selepas kali terakhir disandang penganut Katholik, Hendrik Hermanus Joel Ngantung pada 1964.

Kes Ahok, 50, menyaksikan trend pengundi majoritinya beragama Islam ‘beralih’ kepada lawannya, Anies, 47, yang lebih disenangi ramai kerana latar belakang sebagai cucu pejuang kemerdekaan Indonesia, Abdurrahman Baswedan.

Anies yang juga bekas menteri pendidikan dan kebudayaan Indonesia dalam Kabinet Jokowi pada 2014; pernah lakar sejarah sebagai rektor termuda apabila menerajui Universiti Paramadina dalam usia 38 tahun pada 2007 lalu.

Kontroversi Ahok mula mendapat perhatian apabila ketika berkempen di Pulau Seribu di sini pada 27 September tahun lalu mempersoalkan ayat 51 Surah Al-Maidah berkenaan hukum memilih pemimpin bukan beragama Islam.

Beberapa badan Muslim tempatan, khususnya kumpulan tegar, berasa tersinggung dengan kenyataan biadab Ahok itu menjelang pusingan pertama Pilihan Raya Ketua Daerah Jakarta pada 15 Februari. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: AhokBasuki Tjahaja Purnama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahok, Puput Berbulan Madu, Tapi Bila Nikahnya?

20/02/2019
0

KETIKA barisan pemimpin politik Indonesia sibuk berkempen untuk Pilihan Raya Presiden (Pilpres), Basuki Tjahaja Purnama pula dikhabarkan sedang berbulan madu...

Ahok Ceraikan Isteri Dari Dalam Penjara

08/01/2018
0

JAKARTA - Peguam yang mewakili mantan gabenor Jakarta, Basuki "Ahok" Tjahaja Purnama telah mengesahkan bahawa beliau telah memfailkan perceraian terhadap isterinya, Veronica...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd