• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasil Bedah Siasat Kedua Thaqif Siap Dalam 2 Minggu

oleh Ahmad Albab
19/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan hasil bedah siasat kedua ke atas mayat khususnya sampel kaki Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11 dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Beliau berkata bedah siasat pertama ke atas pelajar tahfiz yang meninggal dunia 26 April lepas itu telah dilakukan namun punca kematian masih belum diketahui.

“Proses penggalian balik (mayat) dilakukan agar pakar patologi dapat menentukan punca kematian Allahyarham Mohamad Thaqif.

Walaupun kita mempunyai tentatif diagnosis tetapi saya tidak akan mengumumkan keputusan tersebut. Kita akan tunggu laporan akhir untuk mengetahui punca kematiannya,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Saintifik yang ke-47 dan Jubli Emas Persatuan Orthopedik Malaysia (MOA) di sini, hari ini.

Menurut beliau, walaupun pakar patologi pada mulanya telah mendapatkan beberapa penemuan hasil daripada bedah siasat pertama namun mereka masih tidak berpuas hati dengan bukti yang sedia ada.

“Apabila pemotongan kaki dijalankan, doktor pakar tidak sangka bahawa dia akan meninggal dunia. Kematian Mohamad Thaqif telah mengubah sudut penyiasatan,” katanya sambil menambah kaki arwah telah dikebumikan awal mengikut ritual agama.

Terdahulu, Mohamad Thaqif telah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru selepas dilapor mengalami kecederaan pada bahagian kakinya dipercayai akibat dipukul dengan getah paip oleh pembantu warden di madrasahnya.

Kecederaan tersebut telah menyebabkan kedua-dua kakinya dijangkiti kuman dan terpaksa dipotong. Doktor turut memutuskan untuk memotong tangan kanannya yang turut dijangkiti kuman namun ditangguhkan kerana jantungnya yang tidak stabil sebelum kanak-kanak malang itu meninggal dunia. – BERNAMA

Tags: Mohamad Thaqif Amin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembantu Warden Madrasah Masih Digantung Tugas

12/07/2017
0

KOTA TINGGI - Pembantu warden Madrasah Tahfiz Al Jauhar, tempat Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi belajar, masih digantung tugas...

Jenazah Thaqif Masih Elok Ketika Digali Semula

19/05/2017
0

SHAH ALAM - Jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 10, yang meninggal dunia 26 April lalu masih elok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd