• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Susu Di Singapura Kedua Tertinggi Dunia

oleh
13/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Setelah teruk dibebankan dengan kos sara hidup cukup tinggi termasuk tarif air dan elektrik naik, warga Singapura sekali lagi terpaksa berdepan harga produk susu tepung yang mahal.

Ia susulan langkah pemerintah republik itu bersetuju menerima saranan dikemukakan Suruhanjaya Persaingan Singapura (CCS) untuk menaikkan harga produk tersebut hasil tinjauan pasaran terhadap bekalan susu tepung.

Kajian tersebut dilakukan untuk mengenal pasti sebab munasabah harga purata runcit bagi susu tepung, kini lebih dua kali ganda berbanding rekod sembilan tahun lalu dan memutuskan kenaikan drastik tersebut adalah wajar!

Jawatankuasa itu malahan mendapati para pengeluar susu tepung tidak terlibat dalam amalan antipersaingan pasaran seperti sengaja menetapkan harga tinggi secara serentak untuk menekan pengguna di Singapura.

Namun pengeluar msih lagi dapat menaikkan harga susu tepung dengan memasarkan status premium pada produk tersebut. Hampir kesemua jenama susu tepung formula di republik itu menyaksikan kenaikan harga setiap tahun.

Salah satu sebab utama ialah kenaikan harga borong untuk tampung kos pengilangan. Ini disebabkan pelaburan tinggi dalam pemasaran agresif serta kegiatan kajian dan pengembangan oleh syarikat penghasil susu tepung.

Dari 2010 hingga 2014, keseluruhan perbelanjaan pemasaran oleh semua pengeluar utama meningkat 42.4 peratus. Sebahagian besar sumber pemasaran kemudian disalurkan pula untuk tajaan korporat di hospital.

Ini kerana kebanyakan ibu bapa akan meneruskan dengan jenama yang sama selepas bayi mereka pulang dari hospital. Faktor itu menyebabkan harga susu tepung di Singapura melonjak ke paras antara tertinggi di dunia.

Setakat ini produk susu rumusan di Hong Kong, China merupakan paling mahal di peringkat antarabangsa. Ibu bapa yang setia kepada jenama tertentu, juga menyebabkan peruncit membekalkan jenama yang diminta pengguna.

Satu kajian pada 2015 menunjukkan, 95 peratus daripada penjualan susu tepung merupakan jenama-jenama premium dan khusus. Kebanyakan peruncit tempatan juga tidak menganggap import selari sebagai alternatif.

Ini kerana mereka lebih cenderung membeli susu tepung langsung dari pengedar sah sekali gus bermakna, tahap keupayaan peruncit turut terbatas semata-mata untuk mengatasi kenaikan harga oleh para pengeluar.

Untuk menangani isu ini, pihak berkuasa Singapura akan meneliti cara untuk memudahkan proses pengimport selari, bagi menggalakkan lebih banyak jenama memasuki pasaran tanpa menjejaskan piawai keselamatan.

Dalam pada itu, pengeluar tidak boleh menggunakan kenyataan mengenai khasiat dan kesihatan, serta gambar yang menunjukkan amalan meminum susu tepung sebagai sesuatu yang menarik ekoran perubahan peraturan sedia ada.

Penguasa Agro-Makanan dan Vertinar (AVA) juga akan menyelaraskan peraturan import baharu sebelum berkuat kuasa bagi memudahkan kemasukan lebih banyak pembekal dan jenama susu tepung formula ke negara ini.

Perubahan itu bakal dimuktamadkan menjelang hujung tahun ini, menurut AVA dalam satu kenyataan media bersama-sama dengan pihak Kementerian Kesihatan (MOH) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).

CCS turut mengesyorkan agar orang ramai dididik mengenai kandungan khasiat susu tepung dan keperluan khasiat bagi bayi selain menggesa kesedaran kepelbagaian bekalan susu tepung dipertingkat termasuk produk yang murah.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak berkuasa menyatakan pemerintah Singapura akan menyesuaikan peraturan baharu untuk menggalakkan persaingan harga yang lebih baik dan mengukuhkan usaha pendidikan orang ramai.

Pada masa sama, MOH turut menggalakkan semua hospital untuk menyokong golongan ibu agar memberi susu badan kepada bayi mereka selama setahun berbanding pergantungan sepenuhnya kepada susu tepung sejak lahir.

HPB juga akan menekankan mesej bahawa produk tenusu lembu adalah cukup dalam memenuhi keperluan khasiat minimum untuk kanak-kanak berusia lebih 12 bulan, sebagai sebahagian daripada diet harian yang seimbang.

Pihak MOH juga akan meneliti cara-cara menggalakkan lebih banyak jenama susu tepung memasuki Singapura dengan harga berpatutan dan dalam bentuk sedia-untuk-diberikan di hospital. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Singapurasusu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd