• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Sayur Naik Mendadak Di Alor Setar

oleh Ahmad Albab
29/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Harga sayur-sayuran di Pasar Besar Alor Setar naik antara RM2 hingga RM5 sekilogram, tiga hari selepas berlaku kenaikan harga ikan, ayam dan daging pada hari pertama Ramadan Sabtu lepas.

Hasil tinjauan Bernama mendapati, daun bawang dan daun sup antara yang tertinggi berlaku kenaikan sehingga mencecah RM15 sekilogram berbanding hanya RM10 sekilogram yang dicatatkan semalam.

Turut berlaku kenaikan ialah daun salad RM12 berbanding RM10, kacang buncis RM9 daripada RM7, cabai melaka RM8 daripada RM6.50, timun RM4 berbanding RM2.50, dan sawi RM6 berbanding RM4 sebelum ini.

Menurut peniaga, Hafizah Zakaria, 23, walaupun berlaku peningkatan, sayur seperti kobis bulat turun 50 sen daripada RM3.50 dan cili hidup masih berlegar pada harga RM12 sekilogram.

“Kita peniaga runcit terpaksa naikkan harga untuk dapat keuntungan, ini dah jadi biasa bila tiba musim perayaan, pemborong naikkan harga sayur dengan alasan bekalan kurang akibat cuaca, tetapi bila habis musim perayaan harga kembali murah dan stabil,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Shukri Hashim, 58, berkata stok yang tidak mencukupi menyebabkan harga di peringkat pemborong melambung naik dan peruncit serta pengguna yang menanggung beban.

“Harga sayur lain masih rendah, tetapi daun bawang dan daun sup naik sehingga RM15, ini berlaku apabila tauke-tauke di Cameron Highlands banyak buat agihan di sebelah selatan tanah air menyebabkan kita terima stok yang sedikit dan mahal,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna, Azizah Rahim, 48, berkata peningkatan harga sayur akan terus menekan pengguna kerana sebelum ini mereka telah terbeban dengan kenaikan harga bahan mentah lain seperti ikan, daging dan ayam.

“Kalau semua naik susah lah kita sebagai pengguna, saya harap kerajaan dapat lakukan sesuatu bagi mengurangkan kesan kenaikan harga barang terutama menjelang musim perayaan nanti,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kedah, Mohd Fitri Hassan berkata pihaknya akan menemui pemborong di negeri ini untuk mencari jalan penyelesaian terbaik agar tidak terus menekan pengguna.

“Esok kita akan pantau dan berjumpa dengan pihak pemborong termasuklah mendapatkan kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan agar dapat membantu mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengurangkan beban orang ramai,” katanya.

Tinjauan juga mendapati harga ayam masih kekal seperti beberapa hari lepas iaitu RM8.50 sekilogram manakala daging tempatan RM32 dan daging lembu import RM22 sekilogram. – BERNAMA

Tags: sayur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Sayur Jatuh Lebih 50 Peratus

Harga Sayur Jatuh Lebih 50 Peratus

29/12/2024
0

Johor Bahru : Harga sayuran merudum lebih 50 peratus sejak minggu lalu akibat lambakan bekalan susulan cuaca lebih baik kebelakangan...

Harga Sayur, Buah Melonjak, CAP Gesa Kurangkan Peranan Orang Tengah

Harga Sayur, Buah Melonjak, CAP Gesa Kurangkan Peranan Orang Tengah

09/12/2024
0

GEORGETOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Lembaga Pemasaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd