• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Jangan Takut Lapor Kegiatan Gengsterisme

oleh AK-47
10/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG TERAP – Kementerian Pendidikan menasihati guru agar tidak takut untuk tampil menyuarakan masalah gengsterisme di sekolah mereka memandangkan keselamatan mereka adalah dijamin, kata menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Jelasnya, ia kerana kementerian sendiri sentiasa menjalin kerjasama rapat dengan pihak berkuasa terutamanya polis yang bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah, yang akan sentiasa membuat pemantauan ke kawasan tumpuan yang telah dikenal pasti mempunyai elemen gengsterisme.

“Saya tahu banyak tempat seumpama ini ada ancaman keselamatan dan ini mengakibatkan guru-guru agak takut untuk mengambil tindakan atau melaporkan masalah ini kepada pihak berkuasa.

“Tapi sebenarnya polis dan Jabatan Pelajaran Negeri sudah kenal pasti kawasan-kawasan hotspot ini dan mereka sentiasa melakukan pemantauan dan mesyuarat bersama dalam membendung masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Baiti Jannati anjuran Tenaga Nasional Berhad di sini hari ni.

Mahdzir berkata demikian bagi mengulas mengenai isu gengsterisme yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini di kalangan pelajar sekolah, termasuk pendakwaan 42 pelajar di sebuah sekolah di Klang, Selangor kerana terlibat dalam kongsi gelap.

Berhubung isu itu, Mahdzir berkata kementerian masih menunggu laporan penuh daripada polis tentang kedudukan pelajar yang telah didakwa di mahkamah, sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Saya ulangi kita tidak ada perlindungan, rayuan atau apa-apa pun bagi pelajar ini bila kes seperti ini berlaku, kita serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta sesetengah pihak agar berhenti mengkritik program Permata Negara yang dilhamkan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebaliknya memahami terlebih dahulu isi kandungan program itu.

“Program ini menggilap potensi kanak-kanak yang dianggap mempunyai pemikiran luar biasa dan mereka dikumpulkan di bawah program ini, dan ia dikembangkan di peringkat pendidikan awal kanak-kanak dan sekarang ini telah pergi ke peringkat lebih tinggi.

“Program ini yang diasaskan pada 2010 sangat baik untuk negara malah ada dicadangkan supaya modul Permata Negara dijadikan rujukan untuk merangka pendidikan awal kanak-kanak,” katanya. – BERNAMA

Tags: gangsterismeGuruSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat mengesyorkan pengurusan kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perkhidmatan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd